Program Berkhatan Perdana Secara Percuma, Ringankan Beban Ibu Bapa – Rais Yasin

Program Berkhatan Perdana Secara Percuma, Ringankan Beban Ibu Bapa – Rais Yasin

Program Berkhatan Perdana Secara Percuma, Ringankan Beban Ibu Bapa – Rais Yasin

TANGGA BATU, 29 Dis – Sempena musim cuti persekolahan, pelbagai program kemasyarakatan dianjurkan saban tahun termasuk program berkhatan bagi anak-anak di seluruh negara dengan pendekatan dan kaedah tersendiri.

Di Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan berkenaan, Datuk Rais Yasin mengambil inisiatif menganjurkan Program Berkhatan Perdana sebagai acara tahunan bagi membantu meringankan beban ibu bapa.

Menurut beliau, program berkenaan mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat setempat apabila seramai 55 orang kanak-kanak menyertai program yang diadakan di DUN Sungai Udang semalam, manakala seramai 73 orang kanak-kanak diraikan dalam program di DUN Paya Rumput hari ini.

“Alhamdulillah, seronok melihat gelagat anak-anak dalam Program Berkhatan Perdana peringkat DUN Paya Rumput pagi tadi. Semalam di Sungai Udang pun suasananya sangat meriah,” katanya.

Tambah beliau, program tersebut ditawarkan secara percuma tanpa sebarang bayaran sebagai usaha meringankan kos perbelanjaan keluarga, khususnya semasa musim cuti sekolah.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kes Najib: Perjuangan Menuntut Keadilan Tidak Terhenti Di Sini


“Insya-Allah, program tahunan ini akan diteruskan lagi pada cuti sekolah tahun hadapan,” ujarnya.

Dalam pada itu, Rais turut merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua petugas serta ibu bapa yang memberikan kerjasama dalam menjayakan program berkenaan.

“Semoga anak-anak kita cepat sembuh dan membesar menjadi insan yang soleh,” katanya lagi.- UMNO Online

Program Berkhatan Perdana Secara Percuma, Ringankan Beban Ibu Bapa – Rais Yasin

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tony Pua… Kepintaran Atau Keangkuhan Politik?

 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker