Onn Hafiz Imbas Perjalanan 2025, Tekad Terus Berkhidmat Demi Rakyat Machap

Onn Hafiz Imbas Perjalanan 2025, Tekad Terus Berkhidmat Demi Rakyat Machap

Onn Hafiz Imbas Perjalanan 2025, Tekad Terus Berkhidmat Demi Rakyat Machap

KUALA LUMPUR, 30 Dis – Menteri Besar Johor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap Datuk Onn Hafiz Ghazi menzahirkan penghargaan atas sokongan berterusan rakyat di kawasan sepanjang beliau memikul amanah sejak hampir empat tahun lalu.

Menurutnya, pelbagai pengalaman telah dilalui sepanjang 2025 bersama warga Simpang Renggam khususnya Machap yang disifatkan beliau sebagai lambang kekuatan dalam melaksana kerja khidmat bakti.

“Syukur alhamdulillah, sudah hampir empat tahun saya diberi amanah untuk berkhidmat sebagai ADUN Machap di Simpang Renggam.

“Sepanjang tahun 2025, pelbagai kenangan telah kita lalui bersama, ada saatnya mudah, ada ketika penuh cabaran, namun setiap langkah sentiasa diperkukuh dengan doa dan sokongan keluarga besar saya di Simpang Renggam.

“Setiap program yang dilaksanakan, setiap inisiatif yang digerakkan dan setiap usaha pembangunan yang dirancang lahir daripada suara rakyat dan keinginan untuk melihat kehidupan masyarakat di sini menjadi lebih baik,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Tony Pua… Kepintaran Atau Keangkuhan Politik?


Beliau bagaimanapun menyedari bahawa masih banyak ruang penambahbaikan yang perlu dilakukan membabitkan kepentingan kepada rakyat.

Sementara itu menjelang tahun baharu yang bakal menjengah, Onn Hafiz meluahkan tekad untuk terus bersama pasukannya bagi melaksana agenda terbaik buat rakyat di kawasan.

“Dari hati yang tulus, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua agensi kerajaan, barisan kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional Bahagian Simpang Renggam, pasukan Pusat Khidmat DUN Machap, serta seluruh warga Simpang Renggam dan Machap.

“Anda adalah tulang belakang kepada setiap usaha, kekuatan di saat sukar, dan pendorong untuk saya terus melangkah ke hadapan.

“Saya percaya, dengan semangat kekeluargaan, perpaduan dan kepercayaan yang telah kita bina sepanjang tahun ini, kita mampu melangkah ke tahun 2026 dengan lebih yakin dan bersatu. Demi Simpang Renggam yang lebih sejahtera, demi Machap yang terus maju, insya-Allah,” ujar beliau. – UMNO Online

Onn Hafiz Imbas Perjalanan 2025, Tekad Terus Berkhidmat Demi Rakyat Machap


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kestabilan Politik: Hadiah Rakyat Pada PRN, Gilap Potensi Negeri Johor

 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker