Kestabilan Politik: Hadiah Rakyat Pada PRN, Gilap Potensi Negeri Johor

Kestabilan Politik: Hadiah Rakyat Pada PRN, Gilap Potensi Negeri Johor

Kestabilan Politik: Hadiah Rakyat Pada PRN, Gilap Potensi Negeri Johor

LEDANG, 29 Dis – Kestabilan politik yang dihadiahkan oleh rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 2022 telah dimanfaatkan sebaiknya oleh Kerajaan Barisan Nasional(BN) untuk menggilap potensi Negeri Johor, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gambir, Sahrihan Jani.

Ini kerana katanya, Kerajaan Negeri Johor telah memperoleh pelbagai pencapaian luar biasa dalam pelbagai sektor yang membolehkan ia menjadi sebuah pusat ekonomi baharu Malaysia.

“Negeri Johor mencatatkan rekod pencapaian luar biasa merentas pelbagai sektor sepanjang tahun 2024 sehingga akhir 2025, yang memperkukuhkan kedudukannya sebagai pusat ekonomi baharu Malaysia.

“Dalam bidang ekonomi dan pelaburan, Johor muncul sebagai negeri dengan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tertinggi di Malaysia bagi tahun 2024, iaitu sebanyak 6.4 peratus, mengatasi purata nasional (5.1 peratus).

“Bagi tempoh Januari hingga September 2025, Johor mencatatkan nilai pelaburan diluluskan sebanyak RM91.1 bilion, mengekalkan kedudukan sebagai destinasi pelaburan utama negara.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kes Najib: Perjuangan Menuntut Keadilan Tidak Terhenti Di Sini


“Selain itu, sebanyak 42 projek pusat data dengan nilai pelaburan berjumlah RM164.45 bilion telah diluluskan setakat suku kedua 2025, yang menjana lebih 6,000 peluang pekerjaan,” katanya menerusi satu kenyataan.

Beliau yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Ledang berkata, Perjanjian Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) telah menyasarkan 50 projek dan 20,000 peluang pekerjaan mahir dalam tempoh lima tahun.

“Pentadbiran Tanah Johor merekodkan kutipan hasil luar biasa sebanyak RM1.89 bilion bagi tahun 2025, melebihi sasaran asal dengan surplus 136.18 peratus manakala JS-SEZ yang dimeterai pada awal 2025 menyasarkan 50 projek dan 20,000 peluang pekerjaan mahir dalam tempoh lima tahun.

”Setakat Ogos 2025, pusat pemudah cara pelaburan ini telah menerima 73 potensi pelaburan bernilai RM27.33 bilion.

“Dalam bidang pendidikan, Gred Purata Negeri (GPN) bagi calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 di Johor terus menunjukkan peningkatan dan melepasi paras nasional selama lima tahun berturut-turut.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kes Najib: Tindakan Yeo Bee Yin Tidak Beradab, Sensitif Dari Sudut Perlembagaan


“Tiga murid Orang Asli dari Sekolah Kebangsaan (SK) Pengkalan Tereh, Kluang, meraih pingat emas di International Robot Olympiad pada Disember 2025. Termasuk penubuhan Majlis Pembangunan Bakat Johor (JTDC) bertujuan merapatkan jurang antara akademik dan industri bagi menyediakan tenaga kerja mahir untuk sektor bernilai tinggi,” katanya lagi.

Mengulas lanjut, beliau beranggapan bahawa segala pencapaian tersebut membolehkan Negeri Johor menjadi sebuah negeri yang maju menjelang tahun 2030.

“Dalam bidang pengurusan dan infrastruktur, Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) meraih Penarafan 5 Bintang dalam Audit Teknikal Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Cemerlang 2025.

“Dalam bidang pengangkutan, Perkhidmatan tren elektrik (ETS) telah diperluaskan ke Kluang dan dijadualkan sampai ke Johor Bahru menjelang Disember 2025.

“Kestabilan politik yang dihadiahkan oleh rakyat pada PRN 2022 lalu benar-benar dieksploitasi oleh Kerajaan BN Maju Johor untuk menggilap potensi negeri bertuah ini menjadi sebuah negeri maju menjelang 2030,” katanya lagi. – UMNO Online


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tony Pua… Kepintaran Atau Keangkuhan Politik?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker