‘Jangan Terpengaruh Momokan 1MDB Hutang Terbesar Negara’
‘Jangan Terpengaruh Momokan 1MDB Hutang Terbesar Negara’

KUALA LUMPUR, 29 Dis – Ketua UMNO Bahagian Subang, Datuk Dr Armand Azha Abu Hanifah memohon rakyat untuk memahami sebaiknya isu membabitkan 1MDB dan tidak terpengaruh dengan sentimen dibawa pihak tidak bertanggungjawab.
Katanya, ini termasuk momokan bahawa syarikat tersebut merupakan penyumbang utama kepada hutang negara.
“Ramai yang berbicara mengenai 1MDB terutama selepas keputusan mahkamah baru-baru ini. Saya ingin mengambil masa sedikit pada sahabat-sahabat untuk berikan sedikit penjelasan terkini berkaitan hutang 1MDB yang konon-kononnya hutang terbesar negara yang sering dimomokkan.
“Sedangkan berdasarkan fakta ianya bukan seperti mana yang heboh diperkatakan,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.
Berikut merupakan fakta terkini mengenai 1MDB berdasarkan dokumen rasmi dibentangkan di Parlimen yang dikongsi beliau:
1. Hutang 1MDB kini jauh lebih rendah daripada apa yang digembar-gemburkan.
Jumlah hutang yang perlu dibayar kini RM9.7 bilion sahaja — termasuk RM5 bilion prinsipal (wang pokok) dan RM4.7 bilion faedah.
Ini setelah kerajaan membayar RM43.8 bilion daripada jumlah hutang melalui:
RM24.5 bilion melalui shareholders advance.
RM19.3 bilion melalui akaun amanah.
2. Kerajaan telah memperoleh kembali sejumlah besar dana.
Daripada aset yang dijual atau dipulihkan setakat ini:
RM33.6 bilion hasil pemulihan aset 1MDB.
RM8 bilion melalui penyelesaian dengan IPIC (firma pelaburan Abu Dhabi).
3. Jumlah aset 1MDB sekarang amat besar — jauh melebihi hutang.
Jumlah aset kini dilaporkan mencecah lebih RM150 bilion.
Ini bermakna secara asasnya:
Selepas penjualan aset, tolak cukai – nilai bersih masih sekitar RM100 bilion.
Tolak hutang RM9.7 bilion – baki lebih kurang RM90 bilion.
Secara praktikal, 1MDB masih mempunyai kekuatan kewangan bersih sekitar RM80 – RM100 bilion.
4. Apa implikasinya?
Hutang 1MDB kini sudah cukup jauh turun dari jumlah asal.
Aset syarikat ini bukan sahaja wujud, malah bernilai sangat tinggi.
Jika aset dijual secara berkala atau sekaligus, hutang boleh diselesaikan sepenuhnya, malah hasilnya boleh digunakan untuk aktiviti ekonomi lain.
Kesimpulan fakta yang jelas:
1MDB bukan entiti “bocor RMXXX bilion” tanpa aset.
Jumlah hutang kini kurang dari RM10 bilion.
Aset kini – RM150 bilion dan masih berpotensi tunai tinggi.
Secara bersih, 1MDB berpotensi mempunyai puluhan bilion lebihan nilai aset selepas hutang diselesaikan.
Katanya, penjelasan diberikan beliau itu bukan sekadar membabitkan Datuk Seri Najib Razak sebaliknya kerana ia isu ekonomi serta masa hadapan Malaysia dalam isu hutang negara.
“Saya membuat penjelasan ini tanpa ada bantuan kewangan mana-mana pihak mahupun 1MDB tetapi atas inisiatif untuk berikan pemahaman serta fakta yang dibentangkan dalam Parlimen oleh pihak Kerajaan.
“Saya serta majoriti rakyat Malaysia mohon pihak kerajaan untuk berikan fakta sebenar serta penjelasan yang betul kepada rakyat Malaysia,” ujar beliau. – UMNO Online
‘Jangan Terpengaruh Momokan 1MDB Hutang Terbesar Negara’
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kerajaan Komited Pastikan Masyarakat Orang Asli Tidak Tercicir Daripada Arus Permbangunan
- Wan Rosdy Sampaikan Inisiatif Makmur Pahang, Cermin Komitmen Kerajaan Negeri Martabat Syiar Islam
- Ahmad Zahid Yakin Pelaksanaan RTB Bagan Datuk Bakal Beri Perlindungan Banjir Berkesan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.