Exco Pemuda UMNO, Md Jamil Fauzi berpandangan cadangan Pemuda
Exco Pemuda UMNO, Md Jamil Fauzi berpandangan cadangan Pemuda

KUALA LUMPUR, 30 Dis – Exco Pemuda UMNO, Md Jamil Fauzi berpandangan cadangan Pemuda UMNO untuk mengadakan konvensyen khas bagi membincangkan hala tuju parti dilihat sebagai satu isyarat bahawa denyut nadi akar umbi, khususnya dalam kalangan anak muda masih kuat dan mengambil berat terhadap masa depan UMNO.
Jelasnya, ini kerana budaya muhasabah, perbincangan dan wacana secara matang sememangnya telah lama menjadi sebahagian daripada tradisi parti ini, selagi ia dilaksanakan dalam kerangka disiplin, adab dan kesetiaan kepada perjuangan.
“Apa yang lebih penting, Pemuda UMNO harus terus berperanan sebagai jambatan yang menghubungkan suara akar umbi dengan kepimpinan, membawa pandangan secara berfakta, berhemah dan bertanggungjawab dan bukan sebagai pencetus perpecahan, tetapi sebagai pemangkin kepada pengukuhan parti.
“Saya yakin kepimpinan Pemuda UMNO di peringkat pusat mempunyai kebijaksanaan serta pertimbangan yang menyeluruh dalam menguruskan isu-isu strategik parti, termasuk soal hala tuju dan kedudukan UMNO dalam landskap politik semasa.
“Sebarang langkah yang diambil pastinya berpaksikan kepentingan parti secara keseluruhan, bukan sentimen sementara atau tekanan luaran,” katanya kepada UMNO Online.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kerajaan Komited Pastikan Masyarakat Orang Asli Tidak Tercicir Daripada Arus Permbangunan
- Wan Rosdy Sampaikan Inisiatif Makmur Pahang, Cermin Komitmen Kerajaan Negeri Martabat Syiar Islam
- Ahmad Zahid Yakin Pelaksanaan RTB Bagan Datuk Bakal Beri Perlindungan Banjir Berkesan
Kata Jamil lagi, pendekatan yang diambil adalah berlandaskan kebijaksanaan, kesatuan serta kepentingan parti sebagai keutamaan utama dalam setiap keputusan yang dibuat.
“Di bawah kepimpinan Pemuda UMNO hari ini, setiap pandangan dan keresahan akar umbi akan dinilai secara menyeluruh dengan mengutamakan kebijaksanaan, kesatuan dan kepentingan parti.
“Saya komited untuk terus menyumbang secara konstruktif dalam memperkukuh peranan Pemuda sebagai suara yang bertanggungjawab, matang dan relevan dalam mendepani cabaran semasa demi masa depan UMNO,” ujarnya. – UMNO Online
Exco Pemuda UMNO, Md Jamil Fauzi berpandangan cadangan Pemuda
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Back To School DUN Kota Tampan: Saarani Pastikan Kebajikan, Pendidikan Anak-anak Diberi Perhatian
- ‘Jangan Terpengaruh Momokan 1MDB Hutang Terbesar Negara’
- Program Berkhatan Perdana Secara Percuma, Ringankan Beban Ibu Bapa – Rais Yasin
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kestabilan Politik: Hadiah Rakyat Pada PRN, Gilap Potensi Negeri Johor
You must be logged in to post a comment.