Back To School DUN Kota Tampan: Saarani Pastikan Kebajikan, Pendidikan Anak-anak Diberi Perhatian
Back To School DUN Kota Tampan: Saarani Pastikan Kebajikan, Pendidikan Anak-anak Diberi Perhatian

KUALA LUMPUR, 29 Dis – Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad pagi tadi menyampaikan bantuan program Back To School kepada anak-anak pelajar sekolah di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Tampan.
Ujar Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak itu dalam satu perkongsian di Facebook, seramai 532 orang pelajar dari keluarga yang kurang berkemampuan menerima bantuan berbentuk pakaian, kasut dan beg sekolah.
“Nilainya mungkin dilihat kecil bagi sesetengah orang, tapi besar maknanya bagi mereka yang memerlukan.
“Inilah tanda keprihatinan kita untuk pastikan kebajikan dan pendidikan anak-anak sentiasa diberi perhatian. Kerana kita tak mahu ada yang tercicir hanya kerana kekangan kewangan,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Tampan itu lagi.
Sehubungan itu juga, Saarani berharap agar bantuan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban ibu bapa dalam membeli keperluan sekolah anak-anak.
“Diharap anak-anak juga lebih bersemangat untuk terus belajar, kejar cita-cita dan banggakan mak ayah.
“Semoga usaha ini bawa makna besar buat masa depan mereka semua satu hari nanti. Insya-Allah,” katanya.

Terdahulu, baru-baru ini juga Saarani bersama UMNO Cawangan Kg Raban dalam program yang serupa menyampaikan bantuan buat anak-anak pelajar Kg Raban, di Lenggong.
“Kita tahu tak semua datang dari keluarga yang senang. Sebab itulah, UMNO Cawangan Kg Raban sentiasa berusaha untuk salurkan sumbangan kepada anak-anak pelajar kampung tak kira siapa.
“Dan syukur Alhamdulillah, kali ni, seramai 384 anak pelajar yang terima bantuan. Mudah-mudahan sumbangan ini dapat meringankan beban ibu bapa serta menyuntik semangat anak-anak untuk melangkah ke alam persekolahan,” ujarnya lagi. – UMNO ONLINE
Back To School DUN Kota Tampan: Saarani Pastikan Kebajikan, Pendidikan Anak-anak Diberi Perhatian
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kerajaan Komited Pastikan Masyarakat Orang Asli Tidak Tercicir Daripada Arus Permbangunan
- Wan Rosdy Sampaikan Inisiatif Makmur Pahang, Cermin Komitmen Kerajaan Negeri Martabat Syiar Islam
- Ahmad Zahid Yakin Pelaksanaan RTB Bagan Datuk Bakal Beri Perlindungan Banjir Berkesan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.