Wanita warga emas rugi lebih RM300,000 diperdaya ‘phone scam’
Wanita warga emas rugi lebih RM300,000 diperdaya ‘phone scam’
IPOH: Seorang warga emas mengalami kerugian berjumlah RM318,521 selepas diperdaya sindiket penipuan panggilan telefon atau phone scam yang menyamar sebagai pihak berkuasa.
Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ismail, berkata mangsa, seorang wanita berusia 74 tahun dan merupakan pesara kerajaan, membuat laporan polis kira-kira 2.07 petang pada Jumaat lepas.
“Hasil siasatan awal mendapati mangsa menerima panggilan telefon pada 2 Disember lalu daripada seorang lelaki yang mendakwa wakil daripada pihak Tenaga Nasional Berhad.
“Lelaki terbabit mendakwa kononnya terdapat individu telah menggunakan nama mangsa bagi tujuan pendaftaran meter elektrik sebuah rumah di Kuantan, Pahang dan mangsa diminta membuat laporan polis di Kuantan,” katanya dalam kenyataan.
Mohamad Nasir berkata suspek menawarkan diri untuk membuat laporan polis memandangkan mangsa berada di Taiping dan mangsa yang bersetuju telah disambungkan panggilan kepada individu yang menyamar sebagai pegawai polis.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kerajaan Negeri Pahang Terus Komited Pastikan Kesejahteraan Orang Asli Diberi Keutamaan
- Najib Pohon Rakyat Malaysia Kekal Tenang, Tidak Terpengaruh Sebarang Provokasi
-
Imarah Jumaat Parlimen Tenggara Dekatkan Pemimpin Dan Rakyat
Kes Najib: Perjuangan Menuntut Keadilan Tidak Terhenti Di Sini
Mohamad Nasir berkata suspek terbabit memaklumkan bahawa mangsa terlibat dalam kes pengubahan wang haram dan mengarahkan supaya memberikan kerjasama kepada pihak polis dengan mengikuti arahannya.
“Mangsa diminta memberikan maklumat peribadi miliknya dan memaklumkan mengenai semua wang serta barang kemas yang dimiliki bagi tujuan siasatan,” katanya.
Beliau berkata mangsa dihubungi seorang lagi lelaki yang mengarahkan supaya membungkus kad ATM dan kesemua barang kemas milik mangsa serta meletakkan bungkusan itu di simpang jalan berhampiran dengan rumah mangsa.
“Mangsa diminta melaporkan setiap pergerakannya sejak 10 hingga 23 Disember dan juga diminta memberikan kata laluan kad ATM miliknya bagi tujuan siasatan.
“Oleh sebab mangsa berada dalam keadaan ketakutan, mangsa mengikuti kesemua arahan yang diberi dan memindahkan wang Amanah Saham Bumiputera ke dalam akaun bank miliknya serta memberikan maklumat akaun Tabung Haji sepertimana yang diarahkan,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tiada Ruang Angkuh, Sinis Atau Perkecil Institusi Diraja Dalam Kerajaan Perpaduan
- Kerajaan Negeri Sembilan Peruntuk RM9.7 Juta Perkasa Agenda Belia Dan Sukan Tahun 2026
- Titah Tuanku Bukan Bahan Politik – Jamil Pauzi
Kes Najib: Tindakan Yeo Bee Yin Tidak Beradab, Sensitif Dari Sudut Perlembagaan
Mohamad Nasir berkata mangsa telah membuat semakan pada akaun bank dan Tabung Haji miliknya dan mendapati kesemua wang dalam akaun berkenaan telah tiada pada 23 Disember.
“Hasil semakan oleh pihak bank terdapat transaksi yang bukan dilakukan oleh mangsa dan wanita tersebut mengesyaki transaksi wang dalam akaun milik mangsa telah dilakukan oleh scammer,” katanya sambil menambah kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. – BERNAMA
Wanita warga emas rugi lebih RM300,000 diperdaya ‘phone scam’
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kerajaan Komited Pastikan Masyarakat Orang Asli Tidak Tercicir Daripada Arus Permbangunan
- Wan Rosdy Sampaikan Inisiatif Makmur Pahang, Cermin Komitmen Kerajaan Negeri Martabat Syiar Islam
- Ahmad Zahid Yakin Pelaksanaan RTB Bagan Datuk Bakal Beri Perlindungan Banjir Berkesan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET

You must be logged in to post a comment.