Wanita maut, 5 cedera nahas dua kenderaan di Lahad Datu
Wanita maut, 5 cedera nahas dua kenderaan di Lahad Datu

LAHAD DATU: Seorang wanita maut, manakala lima lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Silam, berhampiran Sekolah Kebangsaan Silam, di sini, petang tadi.
Ketua Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Lahad Datu, Sumsoa Rashid, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.29 petang.
Katanya, sepasukan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu digerakkan ke lokasi kejadian sejauh 24 kilometer.
“Setibanya jentera pada jam 2.52 petang, didapati kemalangan membabitkan sebuah Toyota Fortuner dan Perodua Axia dipercayai bertembung.
“Lima mangsa berada dalam Toyota Fortuner, dengan seorang daripadanya tersepit dan berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba sebelum dihantar ke Hospital Lahad Datu menggunakan jentera EMRS,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Bagaimanapun, katanya, seorang penumpang Toyota Fortuner berusia 50 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan dan diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia untuk tindakan lanjut.
“Maklumat mangsa pemandu bagi kenderaan Perodua Axia masih belum diperoleh,” katanya.
Wanita maut, 5 cedera nahas dua kenderaan di Lahad Datu
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kerajaan Komited Pastikan Masyarakat Orang Asli Tidak Tercicir Daripada Arus Permbangunan
- Wan Rosdy Sampaikan Inisiatif Makmur Pahang, Cermin Komitmen Kerajaan Negeri Martabat Syiar Islam
- Ahmad Zahid Yakin Pelaksanaan RTB Bagan Datuk Bakal Beri Perlindungan Banjir Berkesan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.