Wan Rosdy Sampaikan Inisiatif Makmur Pahang, Cermin Komitmen Kerajaan Negeri Martabat Syiar Islam

Wan Rosdy Sampaikan Inisiatif Makmur Pahang, Cermin Komitmen Kerajaan Negeri Martabat Syiar Islam

Wan Rosdy Sampaikan Inisiatif Makmur Pahang, Cermin Komitmen Kerajaan Negeri Martabat Syiar Islam

KUALA LUMPUR, 27 Dis – Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail telah menyampaikan Inisiatif Makmur Pahang sebagai komitmen Kerajaan Negeri Pahang dalam memartabatkan Syiar Islam.

Menerusi hantaran di laman Facebooknya, Wan Rosdy yang juga Naib Presiden UMNO memaklumkan sebanyak RM6.97 juta telah diperuntukkan kepada 697 buah masjid dan Surau Kebenaran Jumaat di seluruh negeri.

“Pada Sabtu saya telah menyampaikan Inisiatif Makmur Pahang Kluster Agama untuk Masjid dan Surau Kebenaran Solat Jumaat bagi Zon Pahang Barat yang melibatkan daerah Lipis, Raub, Bentong serta Cameron Highlands di Laman Sejahtera Jelai Sungai Koyan, Lipis.

“Majlis ini bukan sekadar penyampaian bantuan kewangan, tetapi komitmen Kerajaan Negeri Pahang dalam memartabatkan syiar Islam serta memperkasa institusi masjid dan surau sebagai nadi pembangunan ummah.

“Untuk tahun 2025, Kerajaan Negeri memperuntukkan RM6.97 juta kepada 697 buah masjid dan Surau Kebenaran Jumaat di seluruh negeri. Bagi Zon Pahang Barat sahaja, sebanyak RM1.76 juta diagihkan kepada 176 buah masjid dan surau,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kes Najib: Tindakan Yeo Bee Yin Tidak Beradab, Sensitif Dari Sudut Perlembagaan


Beliau yang juga Naib Presiden UMNO berkata, majlis tersebut turut menyaksikan beberapa penyampaian sumbangan lain.

“Selain itu, majlis tersebut turut menyaksikan penyampaian sumbangan melibatkan sumbangan Kerajaan Negeri kepada 30 penerima dengan jumlah keseluruhan RM619,832.

Wan Rosdy Sampaikan Inisiatif Makmur Pahang, Cermin Komitmen Kerajaan Negeri Martabat Syiar Islam

“Di samping itu, sumbangan untuk Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Tenaga Nasional Berhad (TNB) Ceria Ke Sekolah melibatkan 150 murid SK Keledek berjumlah RM15,000 turut disampaikan.

“Akhir sekali, turut diadakan penyerahan mockup kunci Rumah Mesra Rakyat kepada 14 pemohon Skim Tanah Warisan (STW) Kuala Medang bernilai RM1.05 juta.

“Semoga usaha ini mendapat keberkatan Allah SWT dan negeri Pahang serta rakyatnya terus aman, makmur dan sejahtera,” katanya lagi. – UMNO Online

Wan Rosdy Sampaikan Inisiatif Makmur Pahang, Cermin Komitmen Kerajaan Negeri Martabat Syiar Islam


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kes Najib: Perjuangan Menuntut Keadilan Tidak Terhenti Di Sini

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker