Pemandu selamat, kereta terbabas masuk kedai ‘bundle’

Pemandu selamat, kereta terbabas masuk kedai ‘bundle’

Pemandu selamat, kereta terbabas masuk kedai 'bundle'
Kedai menjual pakaian terpakai yang rosak akibat dirempuh sebuah kereta Perodua Axia di Simpang Empat Sedaka. – Foto tular

YAN: Perodua Axia dipandu lelaki berusia 50 tahun terbabas ke dalam sebuah kedai pakaian terpakai selepas terbabit dalam kemalangan dengan Proton Persona di Simpang Empat Sedaka, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Yan, Superintendan Mohamad Hamizi Abdullah, berkata kemalangan itu dipercayai berlaku pada jam 11.30 pagi tadi membabitkan dua kereta dan pihaknya menerima maklumat berhubung pada jam 1.15 tengah hari.

“Akibat kemalangan itu, Perodua Axia terbabas dan masuk ke dalam kedai pakaian terpakai selepas terbabit dalam kemalangan dengan Proton Persona yang dipandu lelaki berusia 30-an.

“Bagaimanapun, ketika kejadian berlaku, pemilik kedai itu tiada dalam premis berkenaan.

“Pemilik kedai pakaian terpakai itu dan seorang pemandu kereta terbabit sudah membuat laporan polis berhubung kejadian itu, ” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohamad Hamizi berkata, pemandu Perodua Axia mendapatkan rawatan di Hospital Yan sebagai pesakit luar.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Rule 3 Peraturan Lalu Lintas.

Pemandu selamat, kereta terbabas masuk kedai ‘bundle’

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tony Pua… Kepintaran Atau Keangkuhan Politik?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker