Menara Maxis terbakar, beberapa kawasan di Kuala Kangsar terjejas

Menara Maxis terbakar, beberapa kawasan di Kuala Kangsar terjejas
Menara komunikasi milik Maxis yang menempatkan peralatan stesen pemancar CelcomDigi dan Maxis di Kampung Kelebor, Kuala Kangsar, Perak, terbakar jam 6.50 petang tadi.

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengesahkan kejadian kebakaran membabitkan sebuah menara komunikasi milik Maxis yang menempatkan peralatan stesen pemancar CelcomDigi dan Maxis di Kampung Kelebor, Kuala Kangsar, Perak jam 6.50 petang tadi.

Akibat kejadian itu, liputan perkhidmatan telekomunikasi khususnya bagi pengguna CelcomDigi, Maxis dan Unifi Mobile terjejas.

Ia membabitkan kawasan sekitar menara termasuk Kampung Kelebor, Kampung Langkap Ketior, Kampung Rambai 7, Kampung Menora, Kampung Senggang, Kampung Ulu Kenas dan Kampung Lempor.

Liputan perkhidmatan di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Perak, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) yang berdekatan dengan lokasi kejadian turut terkesan.

Menurut MCMC, setakat ini punca kebakaran menara berkenaan masih dalam siasatan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kes Najib: Perjuangan Menuntut Keadilan Tidak Terhenti Di Sini


“Akses ke lokasi kejadian sudah ditutup oleh pihak berkuasa bagi membolehkan pihak yang berkenaan termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menjalankan siasatan lanjut.

“Dalam masa yang sama, MCMC sudah mengarahkan penyedia perkhidmatan berkaitan untuk melaksanakan tindakan pembetulan serta-merta, termasuk penyediaan pelan pemulihan menyeluruh bagi menangani gangguan liputan yang berlaku,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

MCMC turut mengaktifkan langkah kecemasan, iaitu melaksanakan penyelesaian sementara dengan mengaktifkan kemudahan WiFi satelit Starlink di R&R Sungai Perak (Arah Utara), Lebuhraya Utara–Selatan (PLUS) bagi memastikan pengguna lebuh raya kekal mempunyai akses komunikasi.

“Selain itu, MCMC turut mengarahkan pemilik menara dan penyedia perkhidmatan untuk memperketatkan penyelenggaraan, pemeriksaan teknikal dan pemantauan berterusan di semua menara, selaras dengan keperluan kebolehpercayaan rangkaian dan keselamatan pengguna,” katanya.

Menara Maxis terbakar, beberapa kawasan di Kuala Kangsar terjejas

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tony Pua… Kepintaran Atau Keangkuhan Politik?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker