Medina masih di ICU, perkembangan kesihatan sangat positif – Bapa

Medina masih di ICU, perkembangan kesihatan sangat positif – Bapa

Medina masih di ICU, perkembangan kesihatan sangat positif - Bapa
Keadaan Nur Asyura Medina yang semakin baik selepas menjalani pembedahan di sebuah Hospital di Shanghai, China. – Foto ihsan keluarga

MELAKA: Keadaan kesihatan kanak-kanak yang menghidap penyakit Biliary Atresia, Nur Asyura Medina, dilaporkan semakin baik selepas menjalani pembedahan baru-baru ini.

Bapanya, Muhammad Ikmal Haziq Mazlan, 24, berkata anak sulungnya berusia dua tahun itu menunjukkan perkembangan sangat positif dan doktor mengesahkan Medina kuat serta stabil.

Katanya, Medina sedar sejak hari kedua selepas menjalani pembedahan pemindahan hati di sebuah hospital di Shanghai, China dan menunjukkan tanda pemulihan memberangsangkan.

“Doktor mengambil keputusan melakukan intubasi pada hari kedua kerana bacaan kesihatannya menunjukkan keadaan stabil dan positif,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Ikmal Haziq berkata, walaupun belum dapat bertemu Medina yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) sejak lima hari lalu, dia dan isteri lega kerana doktor memaklumkan anaknya itu tidak menangis sepanjang tempoh di ICU.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kes Najib: Perjuangan Menuntut Keadilan Tidak Terhenti Di Sini


Dia juga sudah dibenarkan keluar wad selepas memindahkan sebahagian hati untuk anaknya Rabu lalu.

“Kami tidak dapat memastikan berapa lama Medina perlu berada di ICU.

“Segala keputusan seterusnya bergantung sepenuhnya kepada doktor dan apabila mereka yakin keadaan Medina benar-benar stabil, barulah kami dimaklumkan,” tambahnya.

Keluarga Medina berharap rakyat Malaysia terus mendoakan kesihatan anak mereka.

“Insya-Allah, doktor akan memaklumkan kepada kami bila Medina akan dipindahkan ke wad biasa,” katanya.

Medina masih di ICU, perkembangan kesihatan sangat positif – Bapa

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tony Pua… Kepintaran Atau Keangkuhan Politik?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker