Kes gaduh guna kayu hoki, polis buka 2 kertas siasatan

Kes gaduh guna kayu hoki, polis buka 2 kertas siasatan

BUKIT MERTAJAM: Polis membuka dua kertas siasatan kes pergaduhan membabitkan dua lelaki dengan seorangnya daripada bertindak agresif menggunakan kayu hoki di tepi jalan di Sungai Dahaka, Bukit Tengah, di sini, Khamis lalu.

Ia susulan klip video berdurasi 37 saat memaparkan insiden berkenaan tular di media sosial selain polis menerima laporan dibuat kedua-dua lelaki terbabit.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Helmi Aris, berkata siasatan lanjut mendapati kejadian berlaku pada 25 Disember lalu yang mana berlaku salah faham antara dua pemandu lelaki terbabit sehingga mencetuskan pertengkaran mulut dan membawa kepada ugutan jenayah.

“Dalam insiden itu, seorang lelaki agresif dengan memegang sebatang kayu hoki namun tiada kecederaan dilaporkan.

“Kedua-dua lelaki terbabit ditahan polis dan direman empat hari hingga 31 Disember untuk membantu siasatan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kes Najib: Perjuangan Menuntut Keadilan Tidak Terhenti Di Sini


“Polis membuka dua kertas siasatan bagi kes ini,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Tegasnya, orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berhemah ketika berada di jalan raya serta tidak bertindak mengikut emosi yang boleh membahayakan diri sendiri dan pengguna jalan raya lain.

“Orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan dan menggugat keselamatan awam,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Kes gaduh guna kayu hoki, polis buka 2 kertas siasatan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker