Kerajaan Komited Pastikan Masyarakat Orang Asli Tidak Tercicir Daripada Arus Permbangunan
Kerajaan Komited Pastikan Masyarakat Orang Asli Tidak Tercicir Daripada Arus Permbangunan

KUALA LUMPUR, 28 Dis – Kerajaan Komited untuk memastikan masyarakat Orang Asli tidak tercicir daripada arus Permbangunan, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram Padang, Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir.
Ini kerana katanya, Program Sistem Alamat dan Jejak Lokasi Kampung Orang Asli Lubuk Lawang merupakan satu inisiatif penting untuk memastik sistem penandaan alamat yang lebih tersusun.
“Pada Sabtu saya berkesempatan merasmikan Program Sistem Alamat dan Jejak Lokasi Kampung Orang Asli Lubuk Lawang.
“Ini merupakan satu inisiatif penting untuk memastikan sistem penandaan alamat yang lebih tersusun dan memudahkan urusan perkhidmatan kecemasan, penyampaian bantuan serta perancangan pembangunan di kawasan penempatan masyarakat Orang Asli.
“Program ini mencerminkan komitmen berterusan kerajaan dan agensi berkaitan dalam memastikan masyarakat Orang Asli tidak tercicir daripada arus pembangunan, seiring dengan usaha meningkatkan kesejahteraan serta kualiti hidup mereka,” katanya menerusi hantaran di laman Facebooknya.
Mengulas lanjut, beliau turut merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program tersebut.

“Selesai program, kami telah dijamu dengan durian kampung hasil dusun anak-anak Orang Asli di sini. Sajian sederhana ini bukan sahaja melambangkan hasil bumi tempatan, malah mencerminkan keramahan dan keikhlasan komuniti setempat. Memang ‘sodap’ dan penuh rasa tradisi.
“Saya merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini, khususnya agensi pelaksana Jabatan Kemajuan Orang Asli (JKOA) Daerah Jempol dan kepimpinan setempat.
“Semoga inisiatif sebegini terus memberi manfaat berpanjangan kepada masyarakat Orang Asli di kawasan DUN Jeram Padang,” katanya lagi. – UMNO Online
Kerajaan Komited Pastikan Masyarakat Orang Asli Tidak Tercicir Daripada Arus Permbangunan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kerajaan Negeri Pahang Terus Komited Pastikan Kesejahteraan Orang Asli Diberi Keutamaan
- Najib Pohon Rakyat Malaysia Kekal Tenang, Tidak Terpengaruh Sebarang Provokasi
-
Imarah Jumaat Parlimen Tenggara Dekatkan Pemimpin Dan Rakyat
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kes Najib: Perjuangan Menuntut Keadilan Tidak Terhenti Di Sini
You must be logged in to post a comment.