Chazynash Selamat Bertunang
Netizen Sebak Baca Hantaran Bekas Isteri
Chazynash Selamat Bertunang

Pempengaruh media sosial, Chazynash atau nama sebenarnya Syed Fernarsh Syed Badlishah, baru-baru ini mengumumkan pertunangan dengan wanita pilihan hatinya.
Menerusi hantarannya di platform Instagram, majlis pertunangan tersebut diadakan di sebuah restoran dan hanya dihadiri oleh ahli keluarga sahaja. Nampak manis serta sepadan, Chazynash dan pasangannya mengenakan busana berona kuning cair.
“Setiap permulaan dan pengakhiran milik Allah. Semoga Allah permudahkan segala yang tertulis buat kita. Menghormati masa lalu dan percaya pada perancangan Allah.”
Walaupun ramai yang tumpang gembira dan meninggalkan ucapan tahniah di ruangan komen, namun apa yang lebih mencuri perhatian ramai adalah hantaran bekas isteri Chazynash, Fatin Morat di platform Threads.
Menerusi hantaran tersebut, Fatin menyatakan rasa terharunya atas sokongan dan doa yang diterimanya. Pada masa yang sama, dia juga mengucapkan terima kasih sambil mendoakan mereka yang menyokong perniagaannya selama ini.
“Terima kasih semua yang memberi semangat malah mendoakan untuk saya. Terharu sangat-sangat baca doa-doa hampa. Semoga Allah angkat semua doa hampa dihari Jumaat yang mulia ni. Amin Ya Allah.
“Terima kasih juga yang support bisnes perfume dan cornflake Fatin. Semoga Allah juga murahkan rezeki dan permudahkan urusan hampa lalui ujian akan mendatang. InsyaAllah berkat doa hampa Fatin kuat terima ujian ni. Amin.”
Hantaran Fatin itu sedikit sebanyak mendapat respons positif daripada pengguna media sosial, apabila ramai yang memuji kematangan dan kekuatannya dalam menghadapi ujian kehidupan.
Untuk rekod, Chazynash dan Fatin Morat mendirikan rumah tangga pada tahun 2014 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata. Pasangan ini kemudiannya berpisah pada 23 Januari 2025 atas dasar ketidaksefahaman.
Chazynash Selamat Bertunang
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kerajaan Komited Pastikan Masyarakat Orang Asli Tidak Tercicir Daripada Arus Permbangunan
- Wan Rosdy Sampaikan Inisiatif Makmur Pahang, Cermin Komitmen Kerajaan Negeri Martabat Syiar Islam
- Ahmad Zahid Yakin Pelaksanaan RTB Bagan Datuk Bakal Beri Perlindungan Banjir Berkesan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.