Ahmad Zahid Yakin Pelaksanaan RTB Bagan Datuk Bakal Beri Perlindungan Banjir Berkesan
Ahmad Zahid Yakin Pelaksanaan RTB Bagan Datuk Bakal Beri Perlindungan Banjir Berkesan

KUALA LUMPUR, 28 Dis – Ahli Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yakin dengan Pelaksanaan Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Bagan Datuk dapat memberikan perlindungan Banjir yang lebih berkesan kepada masyarakat di kawasan tersebut.
Menerusi hantaran di laman Facebooknya, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri memaklumkan beliau telah meninjau perkembangan projek RTB Bagan Datuk pada Sabtu.
“Hari ini saya meninjau perkembangan Projek RTB Bagan Datuk yang dirancang untuk menangani isu banjir yang kian berulang. Masalah banjir di kawasan ini dikenal pasti berpunca daripada beberapa faktor utama, antaranya taburan hujan yang tinggi, keadaan lebih 1,900 lintasan air, sistem saliran sedia ada serta faktor topografi kawasan yang menyebabkan takungan air.
“Untuk penyelesaian jangka panjang, RTB Bagan Datuk Fasa 1 bernilai RM87.6 juta telah dirancang dan dijadualkan bermula pada suku ketiga tahun 2026. Projek ini merangkumi kerja-kerja penambahbaikan sistem saliran di Tebuk Semani dan juga kolam takungan banjir di Sungai Balai Baroh.
“Dalam masa yang sama, langkah jangka pendek perlu dilaksanakan segera melalui kerjasama antara agensi berkaitan, khususnya dalam usaha menambah baik lintasan air dan parit sedia ada, sementara menunggu pelaksanaan projek berskala besar ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tiada Ruang Angkuh, Sinis Atau Perkecil Institusi Diraja Dalam Kerajaan Perpaduan
- Kerajaan Negeri Sembilan Peruntuk RM9.7 Juta Perkasa Agenda Belia Dan Sukan Tahun 2026
- Titah Tuanku Bukan Bahan Politik – Jamil Pauzi
Kes Najib: Tindakan Yeo Bee Yin Tidak Beradab, Sensitif Dari Sudut Perlembagaan
“Saya yakin pelaksanaan RTB Bagan Datuk dapat memberikan perlindungan banjir yang lebih berkesan dan menjamin keselamatan, kesejahteraan sertakualiti hidup masyarakat di kawasan ini,” katanya.
Sementara itu, beliau juga telah membuat lawatan ke Tapak Cadangan Pembangunan Pusat Data Bagan Datuk, hasil kerjasama strategik antara Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, MARA Inc, Silver Streams dan FELCRA.
“Pusat data ini diklasifikasikan sebagai Tier IV, menjadikannya antara pusat data terbesar dan berkapasiti tinggi di Malaysia. Ia direka untuk menyokong pembangunan digital dan ekonomi setempat dengan tahap kebolehpercayaan serta keselamatan yang tinggi.
“Insya-Allah, pembangunan pusat data ini bakal membawa manfaat melalui pelaburan, limpahan ekonomi dan peluang pekerjaan kepada penduduk Bagan Datuk. Fasa pertama berkapasiti 10MW dijangka siap dan mula beroperasi pada pertengahan 2027, manakala fasa kedua berkapasiti 25MW akan disiapkan pada tahun berikutnya.
“Menerusi lawatan ini, saya sendiri berpeluang untuk menilai dan memantau perkembangan projek-projek pembangunan yang sedang serta bakal dilaksanakan di sini. Ia penting untuk memastikan setiap projek memberi manfaat maksimum kepada rakyat dan khususnya di Bagan Datuk,” katanya lagi. – UMNO Online
Ahmad Zahid Yakin Pelaksanaan RTB Bagan Datuk Bakal Beri Perlindungan Banjir Berkesan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kerajaan Negeri Pahang Terus Komited Pastikan Kesejahteraan Orang Asli Diberi Keutamaan
- Najib Pohon Rakyat Malaysia Kekal Tenang, Tidak Terpengaruh Sebarang Provokasi
-
Imarah Jumaat Parlimen Tenggara Dekatkan Pemimpin Dan Rakyat
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kes Najib: Perjuangan Menuntut Keadilan Tidak Terhenti Di Sini
You must be logged in to post a comment.