Watkins buat Chelsea ‘menangis’ di Stamford Bridge

Watkins buat Chelsea ‘menangis’ di Stamford Bridge

Watkins buat Chelsea 'menangis' di Stamford Bridge
PENYERANG Aston Villa, Ollie Watkins menanduk masuk jaringannya bagi membantu menewaskan Chelsea dalam misi memburu kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stamford Bridge, awal pagi tadi. FOTO Agensi

London: Pemain gantian Ollie Watkins memastikan cabaran Aston Villa memburu kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) terus menyala apabila meledak dua gol ketika menang 2-1 ke atas Chelsea di Stamford Bridge, awal pagi tadi.

Penyerang antarabangsa England itu sebelum ini hanya menjaringkan tiga gol sepanjang musim sebelum dimasukkan oleh Unai Emery bagi aksi separuh masa kedua, yang menyaksikan dia mencipta dua jaringan penting.

Kemenangan ke-11 berturut-turut itu membolehkan Villa yang kini menghuni tangga ketiga merapatkan jurang kepada tiga mata di belakang pendahulu Arsenal, yang akan mereka temui awal pagi Rabu ini.

Kurang sebulan lalu Chelsea adalah pencabar terdekat Arsenal, namun hanya satu kemenangan daripada enam perlawanan liga sejak itu menyaksikan mereka merudum ke tangga kelima.

Kelab London itu terpaksa menelan pahit kekecewaan kerana gagal memanfaatkan penguasaan separuh masa pertama walaupun mendahului 1-0 ketika rehat.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kes Najib: Tindakan Yeo Bee Yin Tidak Beradab, Sensitif Dari Sudut Perlembagaan


Moises Caicedo, Cole Palmer dan Enzo Fernandez mempamerkan aksi bertenaga dengan beberapa percubaan dihalang ketika Chelsea menguasai permainan sebelum memecah kebuntuan pada minit ke-37.

Sepakan penjuru lencong Reece James ditampan masuk Joao Pedro dengan penjaga gol Villa, Emiliano Martinez gagal bertindak kemas di gawang.

Ia adalah gol kedua Joao Pedro dalam dua perlawanan selepas dia turut meledak jaringan untuk melengkapkan kebangkitan daripada ketinggalan 0-2 ketika seri 2-2 menentang Newcastle hujung minggu lalu.

Kebangkitan itu meredakan tekanan ke atas Enzo Maresca selepas prestasi hambar kebelakangan ini, di samping khabar angin mengaitkannya dengan Manchester City sebagai calon pengganti Pep Guardiola serta rungutannya mengenai kurang sokongan kelab.

Namun menentang Villa, situasinya berbeza apabila Chelsea mengendur pada separuh masa kedua dan pelawat mula mendominasi perlawanan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Provokasi Politik Dap Untuk Tutup Kelemahan, Kegagalan Parti Sendiri


Emery mengubah rentak permainan dengan melakukan tiga pertukaran serentak apabila memasukkan Watkins bersama bekas pemain sayap Chelsea, Jadon Sancho dan Amadou Onana pada minit ke-60.

Penjaga gol Chelsea, Robert Sanchez pantas keluar dari gawang untuk menafikan percubaan Boubacar Kamara, namun tidak lama kemudian Watkins berjaya menyamakan kedudukan.

Watkins menemui ruang di antara dua pertahanan tengah Chelsea dan walaupun rembatannya ditepis Sanchez, bola melantun semula mengenai dirinya sebelum masuk menerjah jaring.

Maresca yang digantung daripada berada di tepi padang cuba menyekat momentum Villa dengan mengeluarkan Palmer, keputusan yang jelas tidak disenangi pemain itu.

Villa bagaimanapun semakin bertenaga dan memastikan kemenangan apabila Watkins melompat tinggi untuk menanduk masuk sepakan penjuru Youri Tielemans, sekali gus menyamai rekod deretan kemenangan terbaik kelab itu sejak 1914.

Lebih penting, anak buah Emery kini meninggalkan Chelsea 10 mata di belakang dalam perebutan tempat ke Liga Juara-Juara musim depan.

Watkins buat Chelsea ‘menangis’ di Stamford Bridge


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kes Najib: Perjuangan Menuntut Keadilan Tidak Terhenti Di Sini

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker