Terima kasih Dorgu, teruskan meledak gol Man United
Terima kasih Dorgu, teruskan meledak gol Man United

Patrick Dorgu adalah pemain yang kerap saya kecam kerana bek kiri Denmark ini tidak banyak membantu Manchester United, sebelum ini.
Beraksi di posisi bek sayap kiri dalam formasi 3-4-3 di United, pada saya, tidak banyak sumbangan diberikannya sama ada ketika menyerang atau bertahan.
Jarang hantaran lintangnya tepat kepada penyerang, malah jika lariannya ke depan tersekat, dia lebih banyak menolak bola ke belakang kepada Luke Shaw untuk menyusun semula gerakan.
Namun, awal pagi tadi, saya harus berterima kasih kepada Dorgu kerana rembatan padu kaki kirinya memastikan United menang 1-0 ke atas Newcastle United pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Old Trafford.
Kemenangan itu cukup penting buat United, bukan saja kerana ia melonjakkan kedudukan ke tangga kelima EPL (biarpun hanya sementara kerana perlawanan lain berlangsung malam ini).
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tiada Ruang Angkuh, Sinis Atau Perkecil Institusi Diraja Dalam Kerajaan Perpaduan
- Kerajaan Negeri Sembilan Peruntuk RM9.7 Juta Perkasa Agenda Belia Dan Sukan Tahun 2026
- Titah Tuanku Bukan Bahan Politik – Jamil Pauzi
Kes Najib: Tindakan Yeo Bee Yin Tidak Beradab, Sensitif Dari Sudut Perlembagaan
Malah, ketika ini, United umpama skuad tempang tanpa tujuh pemain utama.
Empat pemain iaitu kapten, Bruno Fernandes serta dua bek tengah berpengalaman, Harry Maguire dan Matthijs De Ligt dan pemain tengah muda, Kobbie Mainoo dibelenggu kecederaan.
Manakala Amad Diallo, Bryan Mbeumo dan Noussair Mazraoui mewakili negara masing-masing di Piala Negara-Negara Afrika (AFCON).
Jadi, perlawanan dengan Newcastle memang mendebarkan, namun ia tidak menghalang saya dan anak lelaki bangun menonton aksi bermula 4 pagi itu dan kami tidak serik walaupun United tewas 1-2 di Aston Villa, sebelum ini.
Pengurus United, Ruben Amorim menggunakan formasi 4-2-3-1 dan agak mengejutkan apabila Dorgu bermain di sebelah kanan di depan Diogo Dalot.
Mason Mount dilihat mampu menampung ketiadaan Fernandes yang hadir menonton perlawanan walaupun cedera hamstring manakala Casemiro seperti biasa menjadi tunjang jentera tengah. Manuel Ugarte turut cemerlang berlari ke sana dan sini pada aksi kali ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Politik Biadap, Miskin Empati… Cauvinis Terserlah – TPr Abdul Razak
- Kes Najib: “Perlu Ditegaskan Bahawa Ini Bukan Soal Individu Semata-mata”
- Dap Gagal Fahami Sensitiviti Politik, Prinsip Kerjasama Kerajaan Perpaduan
Provokasi Politik Dap Untuk Tutup Kelemahan, Kegagalan Parti Sendiri
Akhirnya rembatan Dorgu pada minit ke-24 meletakkan United di depan, yang juga gol pertamanya sejak menyertai United. Dia turut melakukan satu percubaan tepat lain.
Satu-satunya pemain yang ‘hilang’ adalah penyerang, Benjamin Sesko yang masih belum mampu menunjukkan ketajamannya pada aksi EPL.
United menguasai babak pertama dan dijangka terus mengancam pada babak kedua, tetapi lain pula yang berlaku apabila giliran Newcastle pula mengasak.
Amorim dilihat memilih untuk mempertahankan kelebihan satu gol itu dan lebih banyak bertahan, termasuk mengeluarkan Casemiro dan Sesko pada minit ke-60 untuk memasukkan Joshua Zirkzee dan Leny Yoro.
Tindakan United bertahan secara ‘low block’, mudah hilang bola dan hanya mengharapkan serangan balas pantas yang tidak menjadi, menyebabkan penyokong semakin cemas dan seolah-olah berdepan ‘senaman jantung’ apabila diasak bertubi-tubi oleh Newcastle.
Nasib baik kelebihan satu gol itu berjaya dipertahankan kerana jika United tewas, sudah pasti kritikan menggila akan dilempar kepada Amorim, termasuk tindakannya mengeluarkan kapten, Lisandro Martinez dan Shaw di hujung perlawanan.
Terima kasih Dorgu kerana menceriakan kami penyokong United. Tapi, jangan jadikan ia hanya gol tunggal anda bagi musim ini.
Terima kasih Dorgu, teruskan meledak gol Man United
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kerajaan Negeri Pahang Terus Komited Pastikan Kesejahteraan Orang Asli Diberi Keutamaan
- Najib Pohon Rakyat Malaysia Kekal Tenang, Tidak Terpengaruh Sebarang Provokasi
-
Imarah Jumaat Parlimen Tenggara Dekatkan Pemimpin Dan Rakyat
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kes Najib: Perjuangan Menuntut Keadilan Tidak Terhenti Di Sini
You must be logged in to post a comment.