Penumpang lari bertempiaran dalam MRT
Penumpang lari bertempiaran dalam MRT

TAIPEI – Penumpang di dalam sebuah tren Transit Laju Massa (MRT) di Taipei, lari bertempiaran dalam keadaan panik apabila seorang lelaki tiba-tiba menggunakan payungnya untuk cuba memecahkan tingkap kereta api, lapor portal berita MSNews hari ini.
Menurut portal berita Formosa News, kejadian itu berlaku di stesen metro Beimen kelmarin.
“Ada orang terjatuh. Semua orang panik dan kami terus berlari tanpa henti,” kata seorang saksi.
Beberapa suara turut kedengaran cuba menenangkan orang ramai supaya tidak mencederakan satu sama lain.
Gambar selepas kejadian menunjukkan beg yang ditinggalkan, minuman tertumpah dan kasut yang tercicir.
Laporan media tempatan menyatakan insiden itu berpunca daripada seorang lelaki berusia dalam lingkungan 40-an yang dipercayai mengalami serangan panik.
Walaupun tiada kemalangan jiwa dilaporkan, seorang wanita berusia 70-an cedera selepas terjatuh ketika cuba melarikan diri.
Dia dibawa ke Hospital Universiti Nasional Taiwan untuk mendapatkan rawatan.
Sementara itu, lelaki yang menghayunkan payung ke arah tingkap telah dibawa pulang oleh ahli keluarganya. – AGENSI
Penumpang lari bertempiaran dalam MRT
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kerajaan Negeri Pahang Terus Komited Pastikan Kesejahteraan Orang Asli Diberi Keutamaan
- Najib Pohon Rakyat Malaysia Kekal Tenang, Tidak Terpengaruh Sebarang Provokasi
-
Imarah Jumaat Parlimen Tenggara Dekatkan Pemimpin Dan Rakyat
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kes Najib: Perjuangan Menuntut Keadilan Tidak Terhenti Di Sini
You must be logged in to post a comment.