Najib Pohon Rakyat Malaysia Kekal Tenang, Tidak Terpengaruh Sebarang Provokasi

Najib Pohon Rakyat Malaysia Kekal Tenang, Tidak Terpengaruh Sebarang Provokasi

Najib Pohon Rakyat Malaysia Kekal Tenang, Tidak Terpengaruh Sebarang Provokasi

KUALA LUMPUR, 27 Dis – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memohon agar semua rakyat Malaysia untuk kekal tenang dan tidak terpengaruh dengan sebarang provokasi yang boleh menghina proses perundangan.

Berikutan keputusan mahkamah yang memutuskan beliau bersalah dalam kes 1 Malaysia Development Berhad (1MDB), beliau bertekad untuk meneruskan perjuangan kerana prinsip.

“Saudara dan saudari yang saya hormati. Saya menulis ini dengan fikiran yang tenang, meskipun hati saya berat. Ada ketika saya merasakan seolah-olah perjuangan ini harus saya pikul sendirian. Namun saya tetap bertekad untuk meneruskannya — bukan kerana dendam, tetapi kerana prinsip.

“Apa yang saya tuntut hanyalah hak yang diperuntukkan oleh undang-undang dan apa yang telah diperkenankan. Niat saya tidak pernah berubah: untuk menyumbang kepada pembangunan negara dan kesejahteraan rakyat.

“Perjuangan ini bukan usaha untuk mengelak daripada tanggungjawab. Ia adalah ikhtiar menegakkan keadilan, menjunjung integriti Perlembagaan dan mempertahankan kedaulatan undang-undang yang dilaksanakan tanpa rasa takut atau pilih kasih,” katanya menerusi hantaran di laman Facebooknya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Provokasi Politik Dap Untuk Tutup Kelemahan, Kegagalan Parti Sendiri


Tegas Najib, beliau akan terus menuntut hak menerusi saluran yang sah dan tetap yakin kepada proses kehakiman negara.

“Saya akan terus menuntut hak saya melalui saluran yang sah, dengan maruah dan kesabaran, walaupun jalannya sunyi serta menuntut pengorbanan yang besar. Apa pun keputusan hari ini, saya tetap yakin kepada proses kehakiman negara.

“Sehubungan itu, saya memohon semua rakyat Malaysia agar kekal tenang, rasional dan berhemah, serta tidak terpengaruh atau terlibat dalam sebarang provokasi yang boleh menjejaskan keharmonian awam termasuk menghina proses perundangan. Perbezaan pandangan harus dizahirkan secara matang, tertib dan berlandaskan undang-undang.

“Saya menyeru seluruh rakyat Malaysia agar menilai perkara ini dengan tenang dan rasional bukan semata-mata dari sudut nasib saya sebagai individu, tetapi demi masa depan institusi negara dan prinsip-prinsip yang kita junjung bersama,” katanya lagi.

Pada Jumaat media melaporkan Najib dikenakan hukuman penjara 15 tahun dan didenda RM11.38 bilion oleh Mahkamah Tinggi.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Keadilan Adalah Proses Perundangan, Bukan Bahan Pesta Atau Menyindir


Hakim Mahkamah Persekutuan yang bertindak selaku Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Collin Lawrence Sequerah menjatuhkan hukuman pada jam 9 malam selepas beliau terdahulu mendapati bekas Presiden UMNO itu bersalah terhadap empat tuduhan menggunakan kedudukan untuk suapan RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 tuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama. – UMNO Online

Najib Pohon Rakyat Malaysia Kekal Tenang, Tidak Terpengaruh Sebarang Provokasi


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kes Najib: Tindakan Yeo Bee Yin Tidak Beradab, Sensitif Dari Sudut Perlembagaan

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker