Kes Najib: Perjuangan Menuntut Keadilan Tidak Terhenti Di Sini
Kes Najib: Perjuangan Menuntut Keadilan Tidak Terhenti Di Sini

KUALA LUMPUR, 27 Dis – UMNO Negeri Kedah berpendirian bahawa perjuangan menuntut keadilan buat bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak akan terhenti di sini.
Ketua Penerangan UMNO Negeri Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, mereka yakin dan percaya bahawa segala ruang serta saluran perundangan yang masih tersedia akan terus dimanfaatkan secara tertib.
“UMNO Kedah menzahirkan rasa kecewa dan dukacita terhadap keputusan mahkamah yang diumumkan semalam melibatkan Datuk Seri Najib Razak.
“Dalam menghadapi saat yang sukar ini, UMNO Kedah mendoakan agar Datuk Seri Najib dan seluruh ahli keluarga terus diberikan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menempuh ujian yang besar ini.
“UMNO Kedah berpendirian bahawa perjuangan menuntut keadilan tidak terhenti di sini. Kami yakin dan percaya bahawa segala ruang serta saluran perundangan yang masih tersedia akan terus dimanfaatkan secara tertib dan berlandaskan prinsip kedaulatan undang-undang,” katanya menerusi satu kenyataan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Politik Biadap, Miskin Empati… Cauvinis Terserlah – TPr Abdul Razak
- Kes Najib: “Perlu Ditegaskan Bahawa Ini Bukan Soal Individu Semata-mata”
- Dap Gagal Fahami Sensitiviti Politik, Prinsip Kerjasama Kerajaan Perpaduan
Provokasi Politik Dap Untuk Tutup Kelemahan, Kegagalan Parti Sendiri
Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Merbok turut menyeru seluruh ahli dan penyokong UMNO agar terus bertenang, bersatu dan memperbanyakkan doa.
“Hakikatnya, Datuk Seri Najib tidak keseorangan. Walaupun terdapat segelintir pihak yang memilih untuk meraikan keputusan ini, UMNO Kedah ingin menegaskan bahawa rakyat marhaen termasuk nelayan, pekebun getah dan pesawah padi tetap menyanjungi jasa serta sumbangan besar beliau, khususnya kepada golongan luar bandar dan negeri-negeri seperti Kedah.
“Sehubungan itu, UMNO Kedah menyeru seluruh ahli dan penyokong UMNO agar terus bertenang, bersatu, memperbanyakkan doa, serta kekal mendokong usaha dan harapan Dato’ Sri Najib dalam mencari keadilan yang sebenar.
“UMNO Kedah juga yakin bahawa Presiden parti bersama pucuk pimpinan tertinggi UMNO tidak sama sekali mengambil mudah perkara ini, apatah lagi meletakkan agenda keadilan untuk Datuk Seri Najib sebagai perkara sampingan. Usaha akan terus digerakkan secara berhemah, konsisten dan bertanggungjawab demi kepentingan parti serta negara.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kes Najib Razak: Sindiran Rakan Kerajaan Perpaduan Tidak Sepatutnya Berlaku
- Kes Titah Adendum: Dr Asyraf Ingatkan Yeo Bee Yin Jangan Kurang Ajar
- Hormat Undang-undang, Bukan Sorak Keputusan Mahkamah
Keadilan Adalah Proses Perundangan, Bukan Bahan Pesta Atau Menyindir
“Semoga Allah SWT memberikan petunjuk, keadilan dan kekuatan kepada semua pihak, serta memelihara keharmonian dan kestabilan negara,” katanya lagi.
Pada Jumaat media melaporkan Najib dikenakan hukuman penjara 15 tahun dan didenda RM11.38 bilion oleh Mahkamah Tinggi.
Hakim Mahkamah Persekutuan yang bertindak selaku Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Collin Lawrence Sequerah menjatuhkan hukuman pada jam 9 malam selepas beliau terdahulu mendapati bekas Presiden UMNO itu bersalah terhadap empat tuduhan menggunakan kedudukan untuk suapan RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 tuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama. – UMNO Online
Kes Najib: Perjuangan Menuntut Keadilan Tidak Terhenti Di Sini
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tiada Ruang Angkuh, Sinis Atau Perkecil Institusi Diraja Dalam Kerajaan Perpaduan
- Kerajaan Negeri Sembilan Peruntuk RM9.7 Juta Perkasa Agenda Belia Dan Sukan Tahun 2026
- Titah Tuanku Bukan Bahan Politik – Jamil Pauzi
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kes Najib: Tindakan Yeo Bee Yin Tidak Beradab, Sensitif Dari Sudut Perlembagaan
You must be logged in to post a comment.