Kerajaan Negeri Pahang Terus Komited Pastikan Kesejahteraan Orang Asli Diberi Keutamaan
Kerajaan Negeri Pahang Terus Komited Pastikan Kesejahteraan Orang Asli Diberi Keutamaan

KUALA LUMPUR, 27 Sept – Kerajaan Negeri Pahang terus komited memastikan kesejahteraan dan kemudahan asas masyarakat Orang Asli sentiasa diberi keutamaan.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menerusi hantaran di laman Facebooknya memaklumkan beliau telah menghadiri sesi taklimat khas berkaitan projek naik taraf Jalan Pos Sinderut, Lipis.
“Saya telah menghadiri sesi taklimat khas berkaitan projek naik taraf Jalan Pos Sinderut, Lipis yang disampaikan kepada Yang Beradat Tok Batin masyarakat Orang Asli daerah Lipis oleh Jurutera Daerah Jabatan Kerja Raya (JKR) Lipis, Dr Azwan Ezzany Azmi.
“Projek naiktaraf jalan ini melibatkan kos keseluruhan RM320 juta yang diluluskan di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).
“Untuk itu saya menggesa agar JKR mempercepatkan pelaksanaan projek ini untuk memastikan akses yang lebih selamat, selesa dan berdaya tahan kepada komuniti di Pos Sinderut,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Politik Biadap, Miskin Empati… Cauvinis Terserlah – TPr Abdul Razak
- Kes Najib: “Perlu Ditegaskan Bahawa Ini Bukan Soal Individu Semata-mata”
- Dap Gagal Fahami Sensitiviti Politik, Prinsip Kerjasama Kerajaan Perpaduan
Provokasi Politik Dap Untuk Tutup Kelemahan, Kegagalan Parti Sendiri
Beliau yang juga Naib Presiden UMNO memaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Pahang akan terus melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan jalan menggunakan peruntukan MARRIS.

“Sementara menunggu kerja-kerja fizikal projek dimulakan, Kerajaan Negeri Pahang akan terus melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan jalan menggunakan peruntukan MARRIS, untuk memastikan Jalan Pos Sinderut kekal boleh dilalui dan selamat digunakan oleh penduduk setempat.
“Saya yakin projek ini kelak akan menjadi pemangkin kepada pembangunan sosioekonomi serta meningkatkan kualiti hidup masyarakat Orang Asli di daerah Lipis.
“Kerajaan Negeri Pahang terus komited memastikan kesejahteraan dan kemudahan asas masyarakat Orang Asli sentiasa diberi keutamaan serta perhatian selaras dengan Aspirasi Pahang 1st yang mengutamakan kesejahteraan rakyat,” katanya lagi. – UMNO Online
Kerajaan Negeri Pahang Terus Komited Pastikan Kesejahteraan Orang Asli Diberi Keutamaan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tiada Ruang Angkuh, Sinis Atau Perkecil Institusi Diraja Dalam Kerajaan Perpaduan
- Kerajaan Negeri Sembilan Peruntuk RM9.7 Juta Perkasa Agenda Belia Dan Sukan Tahun 2026
- Titah Tuanku Bukan Bahan Politik – Jamil Pauzi
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kes Najib: Tindakan Yeo Bee Yin Tidak Beradab, Sensitif Dari Sudut Perlembagaan
You must be logged in to post a comment.