Inoue terus mengganas di Riyadh

Inoue terus mengganas di Riyadh

Inoue terus mengganas di Riyadh
INOUE beraksi cemerlang ketika menumbangkan Picasso. FOTO Reuters

Riyadh: Petinju Jepun yang masih belum tewas, Naoya Inoue, menewaskan wakil Mexico, Alan Picasso menerusi keputusan sebulat suara untuk membuka laluan kepada pertembungan dinanti-nantikan menentang rakan senegaranya, Junto Nakatani.

Inoue sekali lagi mempamerkan aksi sesuai dengan gelaran ‘Monster’ dalam pertarungan sulungnya di Arab Saudi apabila berjaya mempertahankan gelaran juara dunia super-bantamweight buat kali keenam.

Namun, ia tidak cukup untuk menumbangkan Picasso secara knockout apabila Inoue terpaksa berpuas hati dengan kemenangan menerusi keputusan sebulat suara, buat kali kedua berturut-turut.

Kemenangan itu dijangka membuka jalan kepada pertemuan menentang Nakatani di Tokyo tahun hadapan, selepas Nakatani turut mencatat kemenangan keputusan sebulat suara ke atas petinju Mexico, Sebastian Hernandez, pada sesi yang sama dalam penampilan sulungnya di divisyen super-bantamweight.

Inoue, 32, kini merekodkan 32 kemenangan termasuk 27 menerusi knockout, dalam pertarungan keempatnya bagi tahun 2025.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Provokasi Politik Dap Untuk Tutup Kelemahan, Kegagalan Parti Sendiri


Dia turun bertarung dengan kekurangan ketinggian 8 sentimeter berbanding Picasso, yang turut memiliki rekod tanpa kalah sebelum ini dengan 32 kemenangan termasuk satu seri.

Kualiti dan kelas Inoue jelas terserlah sebaik loceng pertama dibunyikan apabila juara itu mendaratkan beberapa pukulan keras pada pusingan awal.

Inoue hampir menumbangkan Picasso dengan siri pukulan padu pada awal pusingan keenam sebelum petinju Mexico itu mula bangkit dan membalas dengan beberapa pukulan.

Picasso bertahan hingga ke pusingan ke-12 dan terakhir, namun keputusan juri ketika itu sudah tidak dapat disangkal.

Ia adalah kali kedua berturut-turut Inoue dibawa sehingga tamat pertarungan, selepas kemenangan keputusan sebulat suara ke atas petinju Uzbekistan, Murodjon Akhmadaliev pada September lalu.

Inoue terus mengganas di Riyadh

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kes Najib: Perjuangan Menuntut Keadilan Tidak Terhenti Di Sini

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker