Imarah Jumaat Parlimen Tenggara Dekatkan Pemimpin Dan Rakyat
Imarah Jumaat Parlimen Tenggara Dekatkan Pemimpin Dan Rakyat

TENGGARA, 26 Dis – Program Imarah Jumaat Parlimen Tenggara menjadi wadah memperkukuh peranan masjid sebagai pusat penyatuan ummah apabila Ahli Parlimennya, Mandzri Nasib, hadir menunaikan solat Jumaat bersama jemaah di Masjid Al Kauthar, hari ini.
Menurut Mandzri , program seperti Imarah Jumaat bukan sekadar pengisian ibadah mingguan, malah berperanan penting dalam memperkukuh hubungan silaturahim antara pemimpin dan masyarakat.
“Alhamdulillah, hari ini dapat bersama jemaah di sini untuk sama-sama menunaikan solat Jumaat, mendengar khutbah dan berkongsi rezeki,” katanya.
Beliau turut menyatakan bahawa Masjid Al Kauthar sebelum ini telah menerima peruntukan sebanyak RM50,000 bagi pembinaan pagar masjid, yang kini telah siap sepenuhnya dan memberi manfaat kepada para jemaah.
“Tahun lepas saya telah menyalurkan peruntukan RM50,000 bagi pembinaan pagar masjid ini. Alhamdulillah, pembinaan telah siap dan kemudahan masjid kini lebih teratur serta selesa,” katanya lagi.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Politik Biadap, Miskin Empati… Cauvinis Terserlah – TPr Abdul Razak
- Kes Najib: “Perlu Ditegaskan Bahawa Ini Bukan Soal Individu Semata-mata”
- Dap Gagal Fahami Sensitiviti Politik, Prinsip Kerjasama Kerajaan Perpaduan
Provokasi Politik Dap Untuk Tutup Kelemahan, Kegagalan Parti Sendiri
Selain itu, jelasnya penambahbaikan turut dilaksanakan melibatkan struktur bumbung masjid yang telah dinaik taraf dengan kemasan lebih baik dan menarik termasuk ‘bet cornish’.
“Kita bersyukur apabila kemudahan masjid dapat dipertingkatkan kerana masjid adalah pusat ibadah dan penyatuan masyarakatt.”
Mandzri turut meluangkan masa bersama jemaah dengan menunaikan solat Jumaat, mendengar khutbah serta berkongsi rezeki selepas solat.
“Pendekatan mesra rakyat ini selari dengan aspirasi UMNO yang sentiasa menitikberatkan kebajikan dan kesejahteraan masyarakat.” katanya.
Dalam masa yang sama, beliau turut mengedarkan Kalendar 2026 kepada para jemaah sebagai tanda ingatan serta simbol hubungan erat antara wakil rakyat dan komuniti setempat.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kes Najib Razak: Sindiran Rakan Kerajaan Perpaduan Tidak Sepatutnya Berlaku
- Kes Titah Adendum: Dr Asyraf Ingatkan Yeo Bee Yin Jangan Kurang Ajar
- Hormat Undang-undang, Bukan Sorak Keputusan Mahkamah
Keadilan Adalah Proses Perundangan, Bukan Bahan Pesta Atau Menyindir
“Program Imarah Jumaat Parlimen Tenggara ini adalah antara cerminan kesungguhan UMNO dalam memperkasa peranan masjid sebagai institusi penting pembangunan rohani dan sosial masyarakat, sekali gus mengukuhkan nilai perpaduan dan kebersamaan dalam kalangan ummah.
“Program ini berteraskan konsep berkongsi rezeki dan menyantuni ummah, dilaksanakan setiap selesai solat Jumaat, minggu demi minggu tanpa gagal sejak 10 Zulhijjah lalu.
‘Inisiatif ini digerakkan secara berterusan dan bergilir-gilir antara masjid-masjid di DUN Panti dan DUN Pasir Raja, sekali gus mengimarahkan institusi masjid serta memperkukuh hubungan kebersamaan dalam kalangan masyarakat setempat,” katanya lagi. – UMNO Online
Imarah Jumaat Parlimen Tenggara Dekatkan Pemimpin Dan Rakyat
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tiada Ruang Angkuh, Sinis Atau Perkecil Institusi Diraja Dalam Kerajaan Perpaduan
- Kerajaan Negeri Sembilan Peruntuk RM9.7 Juta Perkasa Agenda Belia Dan Sukan Tahun 2026
- Titah Tuanku Bukan Bahan Politik – Jamil Pauzi
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kes Najib: Tindakan Yeo Bee Yin Tidak Beradab, Sensitif Dari Sudut Perlembagaan
You must be logged in to post a comment.