Gol lewat Cherki tundukkan Forest
Gol lewat Cherki tundukkan Forest

Nottingham: Rayan Cherki mengukuhkan cabaran kejuaraan Manchester City apabila bintang Perancis itu menutup persembahan cemerlangnya dengan jaringan lewat perlawanan untuk memastikan kemenangan 2-1 ke atas Nottingham Forest, sebentar tadi.
Skuad kendalian Pep Guardiola itu terselamat daripada tekanan Forest sebelum naik ke puncak Liga Perdana Inggeris hasil inspirasi Cherki.
Pemain berusia 22 tahun itu mencipta peluang kepada Tijjani Reijnders untuk jaringan pembukaan pada babak kedua sebelum meledak gol kemenangan selepas Omari Hutchinson menyamakan kedudukan menerusi gol sulungnya buat Forest.
City kini mencatat lapan kemenangan berturut-turut dalam semua kejohanan, termasuk enam perlawanan berturut-turut dalam liga.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Politik Biadap, Miskin Empati… Cauvinis Terserlah – TPr Abdul Razak
- Kes Najib: “Perlu Ditegaskan Bahawa Ini Bukan Soal Individu Semata-mata”
- Dap Gagal Fahami Sensitiviti Politik, Prinsip Kerjasama Kerajaan Perpaduan
Provokasi Politik Dap Untuk Tutup Kelemahan, Kegagalan Parti Sendiri
Forest sebelum sepak mula memberi penghormatan penuh emosi kepada bekas pemain sayap Scotland, John Robertson, yang meninggal dunia pada Hari Krismas pada usia 72 tahun.
Robertson, yang terkenal dengan larian lincah dan sentuhan tajam, memainkan peranan penting dalam kejayaan Forest menjuarai Piala Eropah pada 1979 dan 1980.
Cherki, yang menyertai City dari Lyon pada musim panas lalu, kini muncul sebagai watak penting dalam skuad Guardiola dan berpotensi menjadi antara penyumbang utama sekiranya City berjaya menewaskan Arsenal dalam perebutan kejuaraan.
Guardiola sebelum ini memberi amaran kepada pemainnya supaya tidak berlebihan ketika musim perayaan, dengan menegaskan mana-mana pemain yang gagal menjaga tahap kecergasan tidak akan diturunkan menentang Forest.
Beliau turut menolak permintaan cuti sehari selepas kemenangan ke atas West Ham minggu lalu bagi memastikan mesej itu difahami pemain.
Ditanya sama ada pemain mematuhi arahannya selepas menurunkan kesebelasan sama, Guardiola berseloroh: “Hanya pengurus yang berlebihan berat badan, selebihnya semuanya sempurna.”
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tiada Ruang Angkuh, Sinis Atau Perkecil Institusi Diraja Dalam Kerajaan Perpaduan
- Kerajaan Negeri Sembilan Peruntuk RM9.7 Juta Perkasa Agenda Belia Dan Sukan Tahun 2026
- Titah Tuanku Bukan Bahan Politik – Jamil Pauzi
Kes Najib: Tindakan Yeo Bee Yin Tidak Beradab, Sensitif Dari Sudut Perlembagaan
Forest hampir membuka tirai jaringan apabila Morgan Gibbs White gagal menyempurnakan hantaran Callum Hudson Odoi pada separuh masa pertama.
City bagaimanapun mendahului menerusi percubaan tepat pertama mereka pada minit ke-48 apabila Cherki melorongkan hantaran bijak kepada Reijnders yang tenang menyudahkannya.
Forest bangkit menyamakan kedudukan pada minit ke-54 apabila Hutchinson memanfaatkan kesilapan Reijnders sebelum menewaskan Gianluigi Donnarumma dari jarak dekat.
City kembali di ambang bahaya apabila percubaan lencong Neco Williams ditepis Donnarumma kepada Nicolo Savona, namun sepakan susulan pemain itu tersasar.
Cherki akhirnya muncul wira apabila meledak gol kemenangan pada minit ke-83 sebelum meraikan jaringan itu dengan aksi ‘zen’ ala Erling Haaland di hadapan penyokong City.
Gol lewat Cherki tundukkan Forest
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kerajaan Negeri Pahang Terus Komited Pastikan Kesejahteraan Orang Asli Diberi Keutamaan
- Najib Pohon Rakyat Malaysia Kekal Tenang, Tidak Terpengaruh Sebarang Provokasi
-
Imarah Jumaat Parlimen Tenggara Dekatkan Pemimpin Dan Rakyat
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kes Najib: Perjuangan Menuntut Keadilan Tidak Terhenti Di Sini
You must be logged in to post a comment.