10 maut, bas bertembung lori

10 maut, bas bertembung lori

10 maut, bas bertembung lori
SEBUAH bas terbakar selepas berlanggar dengan lori di Chitradurga. – Foto Tangkap Layar/YouTube

NEW DELHI – Satu kemalangan jalan raya di negeri Karnataka, selatan India, meragut sekurang-kurangnya 10 nyawa selepas bas penumpang bertembung dengan sebuah lori dan terbakar, lapor akhbar Independent semalam.

Kemalangan berlaku berhampiran kampung Gorlathu di kawasan Chitradurga apabila bas yang dalam perjalanan dari ibu negeri Karnataka, Bengaluru menuju ke Shivamogga itu bertembung secara berdepan dengan sebuah lori.

Lori itu dilaporkan melanggar pembahagi jalan.

Ramai penumpang bas dipercayai sedang menuju ke destinasi tepi pantai seperti Gokarna dengan beberapa orang mahu pulang ke kampung halaman sempena cuti Krismas.

Impak kemalangan menyebabkan bas terbakar dan memerangkap penumpang di dalamnya.

Polis berkata, sebilangan mangsa tidak sempat menyelamatkan diri dan terbakar hidup-hidup, manakala beberapa yang lain berjaya melompat keluar sejurus selepas kemalangan berlaku, Rabu lalu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kes Najib: Tindakan Yeo Bee Yin Tidak Beradab, Sensitif Dari Sudut Perlembagaan


Pegawai kanan polis, Ravikanthe Gowda berkata, bas itu membawa 32 penumpang dan sekurang-kurangnya sembilan orang berjaya menyelamatkan diri tanpa mengalami kecederaan.

Pemandu bas dan pembantunya terselamat, namun pemandu lori dan kelindan terbunuh.

“Kami memecahkan cermin dan cuba melarikan diri. Penumpang menjerit ketika itu.

“Ada yang cuba menyelamatkan orang lain, tetapi api merebak dengan cepat sehingga menyukarkan usaha menyelamat,” kata seorang mangsa terselamat yang dikenali sebagai Aditya, seperti dipetik akhbar Hindustan Times. – AGENSI

10 maut, bas bertembung lori

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kes Najib: Perjuangan Menuntut Keadilan Tidak Terhenti Di Sini

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker