Wanita warga emas pemandu e-hailing parah dikelar, ditinggalkan di kawasan parkir
Wanita warga emas pemandu e-hailing parah dikelar, ditinggalkan di kawasan parkir

SEPANG: Seorang wanita warga emas yang juga pemandu e-hailing, parah di leher dan lengan kiri akibat dikelar dengan senjata tajam, di sini, semalam.
Mangsa dipercayai diserang di dalam kereta jenis Perodua Bezza miliknya, sebelum ditinggalkan di kawasan parkir bebas di Kawasan Perindustrian Medan 20, Bandar Baru Salak Tinggi, berhadapan sebuah hotel dan stesen minyak.
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman, berkata polis menerima laporan awam berhubung insiden itu kira-kira jam 9.40 malam tadi.
Beliau berkata, mangsa ditemui berlumuran darah dengan kesan cedera serius dipercayai akibat diserang dan dikelar seorang lelaki tempatan dikenalinya.
“Mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Cyberjaya untuk rawatan dan kini berada dalam keadaan stabil dengan dipantau rapi di wad,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kes Najib Razak: Sindiran Rakan Kerajaan Perpaduan Tidak Sepatutnya Berlaku
- Kes Titah Adendum: Dr Asyraf Ingatkan Yeo Bee Yin Jangan Kurang Ajar
- Hormat Undang-undang, Bukan Sorak Keputusan Mahkamah
Keadilan Adalah Proses Perundangan, Bukan Bahan Pesta Atau Menyindir
Dalam kejadian itu, Norhizam berkata, suspek didakwa melarikan diri dengan menggunakan kenderaan mangsa sebelum dijumpai setelah terbabit kemalangan jalan raya di Taman Desa Melati, Fasa 3, Nilai, Negeri Sembilan
Beliau memaklumkan bahawa sekitar jam 11.15 malam, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai mengesahkan menemui seorang lelaki warga emas berusia 69 tahun dipercayai suspek kejadian itu, selain menjumpai senjata berupa pisau kerambit di dalam kereta mangsa.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 10 tahun dan denda, jika sabit kesalahan, serta boleh dipenjarakan hingga 20 tahun sekiranya menyebabkan kecederaan kekal,” katanya.
Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Mohd Faiz Zuki, melalui talian 011-27328077 atau balai polis berhampiran.
Wanita warga emas pemandu e-hailing parah dikelar, ditinggalkan di kawasan parkir
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Politik Biadap, Miskin Empati… Cauvinis Terserlah – TPr Abdul Razak
- Kes Najib: “Perlu Ditegaskan Bahawa Ini Bukan Soal Individu Semata-mata”
- Dap Gagal Fahami Sensitiviti Politik, Prinsip Kerjasama Kerajaan Perpaduan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Provokasi Politik Dap Untuk Tutup Kelemahan, Kegagalan Parti Sendiri
You must be logged in to post a comment.