Titah Tuanku Bukan Bahan Politik – Jamil Pauzi

Titah Tuanku Bukan Bahan Politik – Jamil Pauzi

Titah Tuanku Bukan Bahan Politik – Jamil Pauzi

KUALA LUMPUR, 24 Dis – Exco Pemuda UMNO Malaysia, Md Jamil Pauzi menegaskan bahawa Titah Tuanku bukan bahan politik untuk dipermainkan.

Ujarnya, Institusi Diraja tidak boleh dijadikan mangsa permainan naratif atau kepuasan politik jangka pendek, keadilan tidak boleh dilihat terpilih selektif atau bersifat kemenangan politik.

“Sebarang kenyataan atau hantaran yang seolah-olah meraikan penderitaan, menyindir proses undang-undang atau mempamerkan sikap ‘triumphalist’ adalah tidak bertanggungjawab, tidak mencerminkan kematangan kepimpinan, dan boleh menggugat kepercayaan antara rakan gabungan dalam Kerajaan Perpaduan.

“Kerajaan Perpaduan akan dinilai bukan pada siapa yang bersorak hari ini, tetapi pada siapa yang berani mempertahankan prinsip, adab dan institusi negara apabila keadaan menjadi sukar.

“Jika perkara ini terus dipolitikkan tanpa kawalan, ia bukan sahaja menjejaskan keharmonian gabungan, malah mencalar maruah institusi yang sepatutnya kita semua pertahankan demi negara dan rakyat,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Keadilan Adalah Proses Perundangan, Bukan Bahan Pesta Atau Menyindir


Tambah Jamil, menyeru khususnya kepada pimpinan dan wakil rakyat dalam kerajaan, termasuk Ahli Parlimen Puchong, Yeo Bee Yin agar lebih berhemah dan bertanggungjawab dalam mengeluarkan sebarang kenyataan awam.

“Mengawal naratif agar tidak mengapi-apikan sentimen atau persepsi negatif dan mengutamakan penyelesaian berlandaskan undang-undang dan Perlembagaan, bukan emosi atau kepuasan politik sempit,” jelasnya.

Mengulas lanjut kata beliau lagi, keputusan mahkamah berkaitan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan naratif yang ditafsirkan sebagai meraikan penahanan dan ketegangan politik, serta berpotensi mengundang persepsi negatif terhadap institusi keadilan dan keharmonian Kerajaan Perpaduan.

“Dalam sebuah negara yang berteraskan keluhuran Perlembagaan, kedaulatan undang-undang dan sistem Raja Berperlembagaan, setiap keputusan kehakiman wajar dihormati tanpa dipolitikkan, apatah lagi dijadikan bahan sindiran awam yang boleh mencetuskan kegusaran rakyat serta menjejaskan hubungan antara rakan gabungan kerajaan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Desa Kirana Pacu Pelancongan Desa Menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026



“Isu yang berbangkit hari ini bukan semata-mata berkaitan seorang individu, tetapi menyentuh sensitiviti perlembagaan yang jauh lebih besar, khususnya apabila wujud perbahasan awam mengenai kewujudan dan pengendalian satu titah atau Adendum Diraja yang sehingga kini menimbulkan persoalan dari sudut tatakelola, ketelusan dan pertanggungjawaban pentadbiran.

“Apa yang membimbangkan ialah apabila penahanan terus dikekalkan dan dijadikan bahan naratif politik. Kesahihan titah Tuanku diperdebatkan secara terbuka di ruang awam, namun pihak yang didakwa menyimpan, menyorok atau gagal menguruskan titah tersebut tidak dikenakan sebarang tindakan atau pertanggungjawaban setakat ini,” katanya lagi.

Tegas beliau lagi, jika dibiarkan secara tidak langsung mewujudkan persepsi bahawa titah Tuanku boleh dipersoalkan, dipilih atau diketepikan mengikut kehendak dan kesesuaian politik.

“Satu persepsi yang amat berbahaya dalam sistem Raja Berperlembagaan dan boleh mencalar keyakinan rakyat terhadap institusi negara,” ujarnya lagi. – UMNO Online

Titah Tuanku Bukan Bahan Politik – Jamil Pauzi

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Provokasi Politik Dap Untuk Tutup Kelemahan, Kegagalan Parti Sendiri

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker