Tiada Ruang Angkuh, Sinis Atau Perkecil Institusi Diraja Dalam Kerajaan Perpaduan

Tiada Ruang Angkuh, Sinis Atau Perkecil Institusi Diraja Dalam Kerajaan Perpaduan

Tiada Ruang Angkuh, Sinis Atau Perkecil Institusi Diraja Dalam Kerajaan Perpaduan

BANDAR BARU BANGI, 24 Dis – “Tiada ruang untuk sikap angkuh, sinis dan memperkecilkan institusi Diraja secara langsung mahupun tidak langsung dalam kerangka Kerajaan Perpaduan.”

Demikian kata Ketua UMNO Bahagian Bangi, Datuk Dr Mohd Zaidi Md Zain mengenai tindakan Ahli Parlimen Puchong, Yeo Bee Yin yang memuat naik hantaran menyindir keputusan mahkamah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini.

Menerusi satu kenyataan, beliau turut menyatakan sokongan penuh terhadap tindakan Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Selangor yang telah menyerahkan memorandum bantahan kepada Yeo Bee Yin pada Selasa.

“UMNO Bahagian Bangi menyatakan sokongan penuh dan tidak berbelah bahagi terhadap memorandum bantahan dikemukakan oleh Pemuda UMNO Selangor berhubung kenyataan Ahli Parlimen Puchong, Yeo Bee Yin yang jelas tidak sensitif dan beradab.

“Kenyataan beliau adalah respons terhadap keputusan mahkamah yang menolak permohonan Datuk Seri Najib untuk pihak kerajaan melaksanakan titah addendum atas alasan titah Yang di-Pertuan Agong ke 16 bukanlah suatu perintah yang sah.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Keadilan Adalah Proses Perundangan, Bukan Bahan Pesta Atau Menyindir


“Isu ini bukan bahan sindiran politik, sebaliknya melibatkan Perlembagaan Persekutuan dan kedaulatan Institusi Raja-Raja Melayu. Malah keputusan tersebut belum muktamad dan akan dirayu oleh Peguam Datuk Seri Najib.

“Kenyataan yang seolah-olah meraikan nasib seseorang tanpa memikirkan implikasi Perlembagaan dan sentimen hormat terhadap institusi tertinggi negara adalah amat tidak wajar dan mencabar adab kenegaraan,” katanya kepada UMNO Online.

Beliau yang juga Ketua Penerangan UMNO Negeri Selangor berkata, semua pihak wajib menjaga keharmonian dan menghormati rakan gabungan.

“UMNO Bahagian Bangi berpandangan bahawa kenyataan yang berbentuk sindiran dan seolah-olah meraikan keputusan tersebut adalah tidak sensitif, bukan sahaja terhadap individu terlibat, malah lebih besar daripada itu. Ia menyentuh prinsip Perlembagaan negara, khususnya berkaitan kedudukan dan kuasa Institusi Raja-Raja Melayu yang termaktub.

“Dalam kerangka Kerajaan Perpaduan, UMNO Bahagian Bangi menegaskan bahawa tiada ruang untuk sikap angkuh, sinis dan memperkecilkan institusi Diraja secara langsung mahupun tidak langsung. Setiap pihak wajib menjaga keharmonian, menghormati rakan gabungan dan bertanggungjawab atas setiap kenyataan yang dibuat kepada umum.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Desa Kirana Pacu Pelancongan Desa Menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026



“UMNO Bahagian Bangi menuntut agar permohonan maaf terbuka dibuat oleh pimpinan Dap sebagai tanda hormat kepada Perlembagaan, Institusi Raja-Raja Melayu dan rakyat Malaysia amnya.

“UMNO Bahagian Bangi akan terus teguh mempertahankan keluhuran Perlembagaan dan maruah institusi Diraja berlandaskan Perlembagaan tanpa kompromi,” katanya lagi. – UMNO Online

Tiada Ruang Angkuh, Sinis Atau Perkecil Institusi Diraja Dalam Kerajaan Perpaduan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Provokasi Politik Dap Untuk Tutup Kelemahan, Kegagalan Parti Sendiri

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker