Sorok hampir 2 kilogram emas curi belakang batu nisan
Sorok hampir 2 kilogram emas curi belakang batu nisan

BEIJING – Seorang lelaki di tengah China ditahan selepas menceroboh sebuah kedai barang kemas pada waktu malam dan mencuri lebih 1.7 kilogram emas, lapor portal berita VnExpress semalam.
Polis berkata, suspek menyembunyikan hasil curian dengan menanamnya di belakang batu nisan kubur nenek moyang keluarganya. Dia mencuri emas untuk melunaskan hutang perjudian.
Menurut akhbar China Daily, kejadian pecah masuk itu dilaporkan sekitar pukul 9 pagi (waktu tempatan) pada 13 Disember lalu di daerah Huangpi.
Polis menemui lubang besar yang ditebuk pada dinding berhampiran pintu masuk utama kedai barang kemas tersebut.
Menurut portal berita Sina, pemeriksaan awal mendapati kira-kira 1,783 gram emas, bernilai lebih 1.7 juta yuan (RM983,000) telah dicuri.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kes Najib Razak: Sindiran Rakan Kerajaan Perpaduan Tidak Sepatutnya Berlaku
- Kes Titah Adendum: Dr Asyraf Ingatkan Yeo Bee Yin Jangan Kurang Ajar
- Hormat Undang-undang, Bukan Sorak Keputusan Mahkamah
Keadilan Adalah Proses Perundangan, Bukan Bahan Pesta Atau Menyindir
Selepas meneliti rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV) kawasan sekitar selama lebih 20 jam, polis mengenal pasti sebuah kereta sedan putih yang tiba di Wuhan sehari sebelum kejadian pecah masuk.
Kereta tersebut diparkir berhampiran kedai berkenaan dan beredar dengan pantas selepas kecurian berlaku.
Polis berkata, cubaan pemandu untuk melindungi wajahnya dengan pelindung matahari semasa memandu menimbulkan syak wasangka.
Suspek kemudian dikenali polis sebagai seorang lelaki dengan nama keluarga Wei, berasal dari Suizhou dan mempunyai rekod jenayah.
Dia ditahan pada petang 16 Disember lalu di daerah Tongshan dengan bantuan polis Xianning.
Wei mengaku melakukan perbuatan itu dan memberitahu polis bahawa dia telah menjual lebih 400 gram emas curi bagi melangsaikan sebahagian hutang perjudiannya. – AGENSI
Sorok hampir 2 kilogram emas curi belakang batu nisan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Politik Biadap, Miskin Empati… Cauvinis Terserlah – TPr Abdul Razak
- Kes Najib: “Perlu Ditegaskan Bahawa Ini Bukan Soal Individu Semata-mata”
- Dap Gagal Fahami Sensitiviti Politik, Prinsip Kerjasama Kerajaan Perpaduan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Provokasi Politik Dap Untuk Tutup Kelemahan, Kegagalan Parti Sendiri
You must be logged in to post a comment.