Slot jangka Isak tersisih sekurang-kurangnya dua bulan
Slot jangka Isak tersisih sekurang-kurangnya dua bulan

London: Penyerang Liverpool, Alexander Isak dijangka akan diketepikan sekurang-kurangnya dua bulan selepas patah kaki dan menjalani pembedahan, kata pengurus kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu, Arne Slot, hari ini.
Isak mengalami kecederaan itu ketika menjaringkan gol pembukaan Liverpool dalam kemenangan 2-1 ke atas Tottenham Hotspur pada Sabtu lalu apabila kakinya tersepit di antara kaki Micky van de Ven ketika pemain pertahanan itu terjun untuk menghalang percubaannya.
Kecederaan itu adalah tamparan hebat buat Liverpool ketika mereka berusaha menyelamatkan usaha mempertahankan kejuaraan EPL.
“Ia akan menjadi kecederaan yang panjang selama beberapa bulan. Itu satu kekecewaan besar buatnya dan akibatnya turut kepada kami,” kata Slot kepada pemberita menjelang perlawanan liga di laman sendiri menentang Wolverhampton Wanderers pada Sabtu
Pengurus dari Belanda itu menyifatkan cabaran menyebabkan kecederaan itu sebagai melulu.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kes Najib Razak: Sindiran Rakan Kerajaan Perpaduan Tidak Sepatutnya Berlaku
- Kes Titah Adendum: Dr Asyraf Ingatkan Yeo Bee Yin Jangan Kurang Ajar
- Hormat Undang-undang, Bukan Sorak Keputusan Mahkamah
Keadilan Adalah Proses Perundangan, Bukan Bahan Pesta Atau Menyindir
“Terjahan (Micky) Van de Ven itu, jika anda membuat terjahan seperti itu 10 kali, 10 kali ada kemungkinan pemain mengalami kecederaan serius,” katanya.
Kelab Merseyside itu memecahkan rekod perpindahan Britain dengan menandatangani Isak bernilai £125 juta (RM686.44 juta) dari Newcastle United pada September lalu.
Tanpa kehadiran pemain antarabangsa Sweden itu, Liverpool akan banyak bergantung kepada Hugo Ekitike iaitu seorang lagi pemain baharu yang telah menjaringkan lapan gol liga sejak menyertai kelab dari Eintracht Frankfurt.
“Dia (Ekitike) masih perlu menjadi lebih kuat, tetapi dia sudah menjadi lebih kuat,” kata Slot.
“Saya tidak fikir dia banyak berubah dari segi kualiti serangannya. Dia pantas, boleh menjaringkan gol, mempunyai kawalan kaki baik dan kemahiran menggelecek yang hebat.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- BN Terus Melangkah Dengan Prinsip, Kesatuan Diperkukuh – Ahmad Zahid
- Pendidikan Asas Penting Bentuk Masa Depan Masyarakat – Suhaimi Nasir
Desa Kirana Pacu Pelancongan Desa Menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026
“Dia mempunyai banyak kelebihan. Dia kini sudah menyesuaikan diri dengan Liga Perdana Inggeris dan perlu memastikan dengan fizikalnya, dengan kepantasannya, dia boleh menjadi pemain yang unggul dari segi fizikal dan itulah yang sedang diusahakannya.”
Liverpool yang kini berada di tangga kelima liga akan berusaha merapatkan jurang dengan pendahulu, Arsenal dengan menewaskan pasukan tercorot, Wolves yang masih belum memenangi sebarang perlawanan liga musim ini.
Bagaimanapun, mereka perlu berdepan dengan senarai pemain tidak dapat diturunkan yang semakin bertambah termasuk Isak, Wataru Endo dan Joe Gomez, manakala Cody Gakpo dan Conor Bradley belum pulih sepenuhnya.
Penyerang, Mohamed Salah pula bersama Mesir untuk tugasan Piala Negara-Negara Afrika (AFCON).
Slot jangka Isak tersisih sekurang-kurangnya dua bulan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Politik Biadap, Miskin Empati… Cauvinis Terserlah – TPr Abdul Razak
- Kes Najib: “Perlu Ditegaskan Bahawa Ini Bukan Soal Individu Semata-mata”
- Dap Gagal Fahami Sensitiviti Politik, Prinsip Kerjasama Kerajaan Perpaduan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Provokasi Politik Dap Untuk Tutup Kelemahan, Kegagalan Parti Sendiri
You must be logged in to post a comment.