Perompak mati rempuh pintu kaca rumah diceroboh
Perompak mati rempuh pintu kaca rumah diceroboh

BANGKOK – Satu kejadian pecah rumah di Chachoengsao, Thailand berakhir dengan kematian hari ini apabila suspek maut akibat cedera parah ketika cuba melarikan diri, lapor portal berita Thaiger.
Insiden berlaku di sebuah rumah teres tiga tingkat di daerah Bang Pakong, ketika pemilik berada di dalam kediaman bersama anak perempuan dan cucu perempuannya yang berumur setahun.
Mereka terdengar bunyi mencurigakan dari tingkat bawah.
Menyedari sesuatu tidak kena, mereka segera menghubungi polis yang segera tiba di lokasi kejadian.
Beberapa ketika kemudian, mereka terdengar bunyi dentuman kuat yang dipercayai berlaku ketika suspek melarikan diri dengan memecahkan pintu kaca atau tingkap.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kes Najib Razak: Sindiran Rakan Kerajaan Perpaduan Tidak Sepatutnya Berlaku
- Kes Titah Adendum: Dr Asyraf Ingatkan Yeo Bee Yin Jangan Kurang Ajar
- Hormat Undang-undang, Bukan Sorak Keputusan Mahkamah
Keadilan Adalah Proses Perundangan, Bukan Bahan Pesta Atau Menyindir
Setibanya di lokasi, polis mendapati terdapat kesan pecah masuk dengan wayar dan barangan berharga bertaburan di tingkat pertama.
Kesan darah ditemui di kediaman tersebut dan laluan yang digunakan suspek untuk melarikan diri.
Jejak darah membawa polis menemui seorang lelaki, yang dipercayai penceroboh rebah di hadapan sebuah rumah lain.
Polis masih meneruskan siasatan kes itu. – AGENSI
Perompak mati rempuh pintu kaca rumah diceroboh
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Politik Biadap, Miskin Empati… Cauvinis Terserlah – TPr Abdul Razak
- Kes Najib: “Perlu Ditegaskan Bahawa Ini Bukan Soal Individu Semata-mata”
- Dap Gagal Fahami Sensitiviti Politik, Prinsip Kerjasama Kerajaan Perpaduan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Provokasi Politik Dap Untuk Tutup Kelemahan, Kegagalan Parti Sendiri
You must be logged in to post a comment.