Newcastle tuntut penjelasan PGMOL selepas Gordon dinafikan penalti
Newcastle tuntut penjelasan PGMOL selepas Gordon dinafikan penalti

London: Newcastle United akan mendapatkan penjelasan daripada badan pengadil, PGMOL mengenai situasi Anthony Gordon dinafikan sepakan penalti pada perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) yang berkesudahan seri 2-2 dengan Chelsea pada Sabtu lalu, kata pengurus Newcastle, Eddie Howe.
Gordon terjatuh dalam kotak penalti Chelsea selepas dirempuh Trevoh Chalobah ketika Newcastle sedang mendahului 2-1 sebelum kejadian itu berlaku.
Joao Pedro menjaringkan gol penyamaan tidak lama kemudian, sekali gus Chelsea menyelamatkan satu mata.
“Kami akan mendapatkan penjelasan (dari PGMOL) dan permohonan itu telah dihantar, bukan secara peribadi oleh saya tetapi oleh kelab.
“Kami hanya ingin tahu proses pemikiran di sebalik keputusan itu,” kata Howe kepada pemberita.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kes Najib Razak: Sindiran Rakan Kerajaan Perpaduan Tidak Sepatutnya Berlaku
- Kes Titah Adendum: Dr Asyraf Ingatkan Yeo Bee Yin Jangan Kurang Ajar
- Hormat Undang-undang, Bukan Sorak Keputusan Mahkamah
Keadilan Adalah Proses Perundangan, Bukan Bahan Pesta Atau Menyindir
Selepas perlawanan, Howe berkata Newcastle dinafikan penalti yang jelas.
“Saya tidak mahu melatih pemain untuk melakukan cabaran seperti itu di dalam kotak kerana ia akan memberikan peluang kepada pengadil untuk membuat keputusan.
“Saya rasa salah satu seni dalam bertahan adalah untuk tidak meletakkan diri dalam kedudukan itu.
“Saya berpendapat dan masih berpendapat, itu adalah penalti yang jelas. Setelah menontonnya semula, saya tidak menukar pendapat saya.”
Newcastle yang berada di kedudukan ke-11 dalam carta liga, akan menentang Manchester United pada awal pagi Sabtu ini.
Newcastle tuntut penjelasan PGMOL selepas Gordon dinafikan penalti
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Politik Biadap, Miskin Empati… Cauvinis Terserlah – TPr Abdul Razak
- Kes Najib: “Perlu Ditegaskan Bahawa Ini Bukan Soal Individu Semata-mata”
- Dap Gagal Fahami Sensitiviti Politik, Prinsip Kerjasama Kerajaan Perpaduan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Provokasi Politik Dap Untuk Tutup Kelemahan, Kegagalan Parti Sendiri
You must be logged in to post a comment.