Lelaki tak sempat bawa dadah syabu bernilai RM2.4 juta sebelum ditahan polis di plaza tol

Lelaki tak sempat bawa dadah syabu bernilai RM2.4 juta sebelum ditahan polis di plaza tol

Lelaki tak sempat bawa dadah syabu bernilai RM2.4 juta sebelum ditahan polis di plaza tol
Dadah jenis Syabu dan pistol yang di rampas di IPK Kedah. – Foto NSTP/Wan Nabil Nasir.

ALOR SETAR: Seorang lelaki yang bertindak sebagai transporter tidak sempat membawa 75 kilogram (kg) dadah jenis syabu bernilai RM2.4 juta dari Perlis ke Pulau Pinang apabila dia ditahan polis di Plaza Tol Hutan Kampung, di sini, awal pagi semalam.

Suspek warga tempatan berusia 48 tahun yang bekerja sebagai mekanik dan menetap di Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani itu ditahan sepasukan pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) kedah ketika sedang memandu kenderaan pacuan empat roda jenis Ford Ranger seorang diri pada jam 5 pagi.

Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah berkata, tangkapan itu dilakukan hasil operasi yang dilakukan JSJN bersama Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim.

Beliau berkata, tangkapan itu dilakukan susulan maklumat dan risikan berkaitan aktiviti penyeludupan di sempadan.

“Ketika serbuan dilakukan, kita menahan kenderaan terbabit dan di lorong laluan tol itu, suspek bertindak agresif dan tidak mahu keluar untuk pemeriksaan menyebabkan anggota polis terpaksa memecahkan cermin untuk mengeluarkan suspek.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Keadilan Adalah Proses Perundangan, Bukan Bahan Pesta Atau Menyindir


“Hasil pemeriksaan di bahagian bonet belakang kenderaan itu menemui 75kg serbuk disyaki dadah jenis syabu dalam 75 bungkusan yang diisi dalam empat guni putih yang dianggarkan bernilai RM2.4 juta.

“Suspek kemudian ditahan dan dibawa ke IPK Kedah jam 7 pagi untuk pemeriksaan lanjut dan didapati di bawah tempat duduk penumpang belakang ditemukan sepucuk pistol warna hitam jenis Sig Sauer bersama 12 peluru hidup 9 mm serta beberapa bungkusan dadah yang dipercayai untuk kegunaan sendiri,” katanya.

Adzli berkata, berikutan itu, polis membuka tiga kertas siasatan berhubung kejadian ini iaitu Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, Seksyen 15 (1) ADB 1952 dan Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 dan Seksyen 8(A) Akta Senjata Api 1960.

Beliau berkata, siasatan lanjut mendapati suspek ditawarkan untuk membawa pistol dan peluru berkenaan dari Kuala Perlis oleh seorang lelaki Siam dan dia mengaku memiliki pistol itu secara haram.

“Pistol dan peluru itu disyaki akan diserahkan kepada seorang lelaki di Butterworth, Pulau Pinang.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Desa Kirana Pacu Pelancongan Desa Menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026



“Siasatan lanjut mendapati, suspek diupah RM15,000 untuk menghantar dadah berkenaan ke sana (Pulau Pinang),” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, di sini hari ini.

Adzli berkata, semakan mendapati, suspek mempunyai rekod jenayah lampau Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

Beliau berkata, ujian saringan awal air kencing terhadap suspek mendapati dia positif dadah jenis methampetamine.

“Sekiranya dadah itu terlepas, ia boleh digunakan seramai 375,000 orang penagih.

“Selain itu, polis turut menyita sebuah kereta mewah jenis BMW X5 bernilai RM30,000 dan motosikal jenis Kawasaki ZR800 bernilai RM25,000 serta wang tunai RM500 ketika pemeriksaan di rumah suspek di Sungai Petani.

“Suspek direman selama tujuh hari di lokap IPD Kota Setar sehingga 28 Disember ini untuk membantu siasatan, ” katanya.

Lelaki tak sempat bawa dadah syabu bernilai RM2.4 juta sebelum ditahan polis di plaza tol


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Provokasi Politik Dap Untuk Tutup Kelemahan, Kegagalan Parti Sendiri

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker