Kes Najib: “Perlu Ditegaskan Bahawa Ini Bukan Soal Individu Semata-mata”

Kes Najib: “Perlu Ditegaskan Bahawa Ini Bukan Soal Individu Semata-mata”

Kes Najib: “Perlu Ditegaskan Bahawa Ini Bukan Soal Individu Semata-mata”

KUALA LUMPUR, 23 Dis – “Perlu ditegaskan bahawa ini bukan soal individu semata-mata, tetapi soal titah Yang di-Pertuan Agong (YDPA) yang mempunyai kedudukan tertinggi dalam sistem Perlembagaan Negara.”

Demikian kata Naib Ketua Pemuda UMNO Sungai Buloh, Zuree Affendie Dzuraimi berhubung isu Titah Adendum bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Ujarnya, perkara tersebut menyentuh kuasa prerogatif Raja-Raja Melayu yang termaktub dan dilindungi sepenuhnya di bawah Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

“Sedang berlegar di alam maya pada ketika ini ialah isu berhubung Titah Adendum yang telah diperkenankan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda YDPA ke-16 kepada Datuk Seri Najib Razak.

“Isu ini bukan sekadar berkaitan figura individu, sebaliknya ia menyentuh kuasa prerogatif Raja-Raja Melayu yang termaktub dan dilindungi sepenuhnya di bawah Perlembagaan Persekutuan Malaysia.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Desa Kirana Pacu Pelancongan Desa Menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026


“Bagi orang Melayu khususnya di Malaysia, perkara ini merupakan satu pelanggaran serius dan garis merah terhadap prinsip yang telah dimaktubkan dalam Perlembagaan. Ia melibatkan kedaulatan Institusi Raja, yang menjadi tonggak kepada sistem pemerintahan negara sejak sekian lama,” katanya kepada UMNO Online.

Mengulas lanjut beliau berkata, perkara tersebut tidak boleh dipandang ringan, dipolitikkan secara sempit dan dikompromi.

“Dalam masa yang sama, isu tersebut jelas memperlihatkan unsur ketidakadilan terhadap hak asasi seorang warganegara, sedangkan perkara tersebut telah diperkenankan secara sah oleh YDPA ke-16 ketika baginda masih menjalankan amanah sebagai Ketua Utama Negara.

“Perlu ditegaskan bahawa ini bukan soal individu semata-mata, tetapi soal Titah Seri Paduka Baginda yang mempunyai kedudukan tertinggi dalam sistem Perlembagaan negara.

“Seperti kata orang lama, pantang bagi orang Melayu melanggar titah Sultan kerana di situlah terletaknya asas nilai bangsa, agama, dan tanah air. Mengingkari atau memperlekehkan titah tersebut bukan sahaja mencabar Institusi Diraja, malah menggugat asas kenegaraan dan keharmonian negara.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Jeffery Nor Mohamed Teruskan Ziarah Prihatin, Santuni Ahli Uzur


“Perkara ini tidak boleh dipandang ringan, tidak boleh dipolitikkan secara sempit, dan tidak boleh dikompromi,” katanya lagi.

Pada Isnin media melaporkan Najib kekal menjalani baki hukuman penjaranya di Penjara Kajang bersabit kesalahan penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Hakim Mahkamah Tinggi, Alice Loke Yee Ching, menolak permohonan semakan kehakiman Najib yang juga bekas Presiden UMNO, bagi memaksa kerajaan dan enam yang lain untuk melaksanakan Titah Adendum supaya beliau menjalani baki hukuman penjara melalui tahanan rumah.

Yee Ching memutuskan demikian selepas berpuas hati isu berkaitan tahanan rumah tidak pernah disebut dan dibincangkan serta diputuskan dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan yang bersidang pada 29 Januari tahun lalu.

Pada 6 Januari lalu, Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan Najib untuk memulakan prosiding semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi bagi suatu perintah memaksa kerajaan atau enam pihak lain menjawab serta mengesahkan kewujudan Titah Adendum bertarikh Januari tahun lalu. – UMNO Online

Oleh: Nuralyaa Izzati Azman

 

Kes Najib: “Perlu Ditegaskan Bahawa Ini Bukan Soal Individu Semata-mata”

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Keadilan Adalah Proses Perundangan, Bukan Bahan Pesta Atau Menyindir

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker