Dua gol Moraes bantu SFC menang selesa ke atas PDRM FC

Dua gol Moraes bantu SFC menang selesa ke atas PDRM FC

Dua gol Moraes bantu SFC menang selesa ke atas PDRM FC
FAISAL (kiri) dan Moraes bergandingan baik untuk gol pertama SFC ke atas PDRM FC, malam ini. FOTO SFC

Kuala Lumpur: Selangor FC (SFC) meneruskan tekanan ke atas kelompok atasan Liga Super apabila mencatat kemenangan 3-1 ke atas PDRM FC di Stadium Majlis Perbandaran Selayang (MPS), sebentar tadi.

Kejayaan itu menyaksikan skuad kendalian Christophe Gamel mengekalkan rekod tanpa kalah dalam enam perlawanan selain mengumpul 22 mata, hanya dua mata di belakang Kuching City FC dan Kuala Lumpur (KL) City FC, yang akan bertarung sesama sendiri, malam esok.

Sebaliknya, nasib PDRM FC terus malang apabila mencatat kekalahan ketujuh berturut-turut, sekali gus kekal menghuni tangga tercorot liga dengan hanya enam mata.

Pada perlawanan berkenaan, SFC yang lebih menguasai permainan membuka jaringan pada minit ke-20 menerusi tandukan Chrigor Moraes hasil hantaran lintang Faisal Halim dari sebelah kiri.

Pasukan pelawat hampir menggandakan kelebihan sembilan minit kemudian, namun percubaan Alvin Fortes sekadar menggegar tiang sebelum gerakan solo Faisal sekali lagi tidak menemui sasaran apabila rembatannya melepasi palang pada minit ke-37.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Keadilan Adalah Proses Perundangan, Bukan Bahan Pesta Atau Menyindir


PDRM FC memperoleh peluang terbaik mereka di penghujung babak pertama melalui serangan balas pantas, namun percubaan Mohamad Imran Samso tepat ke dakapan penjaga gol SFC, Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi.

Bersambung babak kedua, Moraes menambah gol kedua peribadinya pada minit ke-49 selepas memenangi perebutan bola di udara sebelum menampan masuk hantaran lintang Alvin Fortes.

PDRM FC cuba bangkit apabila merapatkan jurang tiga minit kemudian menerusi rembatan kencang Muhammad Fakhrul Azim Mohd Zulphatah yang melepasi kawalan Kalamullah Al-Hafiz.

Namun, SFC tidak menunggu lama untuk kembali selesa apabila Noor Al-Rawabdeh meledak gol ketiga pada minit ke-66, sekali gus memastikan kelebihan dua gol buat pasukan pelawat.

Kedudukan 3-1 itu kekal sehingga wisel penamat untuk SFC meraih kemenangan ketujuh mereka dalam saingan liga musim ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Desa Kirana Pacu Pelancongan Desa Menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026



Selepas ini, PDRM FC dijadual bertandang menentang DPMM FC, manakala SFC bakal melayan kunjungan Melaka FC di laman sendiri.

Selangor FC (SFC) meneruskan tekanan ke atas kelompok atasan Liga Super

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Provokasi Politik Dap Untuk Tutup Kelemahan, Kegagalan Parti Sendiri

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker