DPMM FC benam Penang FC, raih kemenangan ketiga berturut-turut
DPMM FC benam Penang FC, raih kemenangan ketiga berturut-turut

Kuala Lumpur: DPMM FC terus mempamerkan peningkatan apabila meraih kemenangan ketiga berturut-turut dalam saingan Liga Super selepas menewaskan Penang FC 2-0 di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, sebentar tadi.
Ia adalah kemenangan keempat skuad kendalian James Mcallister musim ini, sekali gus menyaksikan mereka mengumpul 14 mata daripada 12 perlawanan untuk melonjak ke kedudukan ketujuh liga.
Tuan rumah tampil lebih dominan sejak awal perlawanan dan usaha mereka membuahkan hasil pada minit ke-17 apabila Jordan David Murray menanduk masuk hantaran lintang Muhammad Azwan Ali Rahman bagi membuka jaringan.
Penang FC terus tertekan apabila DPMM FC menggandakan kelebihan hanya lima minit kemudian, kali ini Murray pula mencipta peluang sebelum Azwan menyudahkannya untuk menjadikan kedudukan 2-0.
Memasuki babak kedua, DPMM FC tidak mengendurkan asakan dan hampir menambah jaringan menerusi sepakan percuma Muhammad Hakeme Yazid Said pada minit ke-57, namun percubaan itu ditepis Mohamad Ramdhan Ab Hamid.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kes Najib Razak: Sindiran Rakan Kerajaan Perpaduan Tidak Sepatutnya Berlaku
- Kes Titah Adendum: Dr Asyraf Ingatkan Yeo Bee Yin Jangan Kurang Ajar
- Hormat Undang-undang, Bukan Sorak Keputusan Mahkamah
Keadilan Adalah Proses Perundangan, Bukan Bahan Pesta Atau Menyindir
Penang FC cuba bangkit dengan beberapa serangan balas, namun barisan pertahanan DPMM FC kekal ampuh bagi memastikan gawang mereka tidak dibolosi.
Kelebihan dua gol itu kekal sehingga wisel penamat untuk DPMM FC mengutip tiga mata penuh di hadapan kehadiran 3,500 penyokong.
Keputusan itu mengekalkan momentum positif pasukan dari Brunei itu dalam usaha memperbaiki kedudukan liga menjelang baki saingan musim ini.
Selepas ini, DPMM FC bakal melayani kunjungan PDRM FC di laman sendiri, manakala Penang FC pula berdepan cabaran sukar apabila dijadualkan bertandang ke gelanggang Terengganu FC (TFC).
DPMM FC benam Penang FC, raih kemenangan ketiga berturut-turut
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Politik Biadap, Miskin Empati… Cauvinis Terserlah – TPr Abdul Razak
- Kes Najib: “Perlu Ditegaskan Bahawa Ini Bukan Soal Individu Semata-mata”
- Dap Gagal Fahami Sensitiviti Politik, Prinsip Kerjasama Kerajaan Perpaduan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Provokasi Politik Dap Untuk Tutup Kelemahan, Kegagalan Parti Sendiri
You must be logged in to post a comment.