Dap Gagal Fahami Sensitiviti Politik, Prinsip Kerjasama Kerajaan Perpaduan
Dap Gagal Fahami Sensitiviti Politik, Prinsip Kerjasama Kerajaan Perpaduan

KUALA LUMPUR, 23 Dis – Ketua Wanita UMNO Selangor Datuk Halimaton Saadiah menyelar Setiausaha Publisiti Dap Kebangsaan, Yeo Bee Yin dan beberapa pemimpin Dap lain yang secara terbuka meraikan keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonan tahanan rumah bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak.
Menurut beliau tindakan sedemikian bukan sahaja mencerminkan sikap biadap dan kurang ajar, malah menunjukkan kegagalan memahami sensitiviti politik serta prinsip asas kerjasama dalam sebuah Kerajaan Perpaduan.
“Ia jelas bertentangan dengan semangat saling menghormati yang sepatutnya menjadi teras hubungan antara parti-parti komponen Kerajaan.
“Wanita UMNO Selangor ingin menegaskan bahawa perbezaan pandangan politik tidak pernah menghalalkan sikap memperlekeh, mempersenda atau mempamerkan kegembiraan terhadap musibah politik dan peribadi pihak lain lebih-lebih lagi melibatkan seorang bekas Perdana Menteri negara,” katanya menerusi satu kenyataan.
Katanya lagi, sudah sampai masanya pucuk pimpinan UMNO menilai secara serius, tegas dan berprinsip bentuk serta hala tuju kerjasama UMNO-BN dengan Dap-PH.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- BN Terus Melangkah Dengan Prinsip, Kesatuan Diperkukuh – Ahmad Zahid
- Pendidikan Asas Penting Bentuk Masa Depan Masyarakat – Suhaimi Nasir
Desa Kirana Pacu Pelancongan Desa Menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026
Jelas Halimaton ini kerana kerjasama politik tidak boleh dibina atas sikap angkuh, tiada empati dan kegagalan menghormati rakan sendiri.
“Sekiranya rasa hormat tidak lagi wujud, maka kerjasama ini akan sentiasa rapuh dan menyukarkan sebarang keputusan penting dibuat secara bersama demi kestabilan kerajaan dan kepentingan rakyat,” ujar beliau.
Terdahulu, Yeo Bee Yin pada semalam menulis “another reason to celebrate this year end” (satu lagi sebab untuk meraikan hujung tahun ini) sambil melampirkan pautan berita dari sebuah portal yang bertajuk ‘No house arrest for Najib’.
Hantaran itu dimuat naik selepas Hakim Mahkamah Tinggi, Alice Loke Yee Ching memutuskan Titah Adendum tidak pernah dibincangkan atau diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan ke-61 yang bersidang pada 29 Januari tahun lalu.
Kenyataan Bee Yin itu kemudiannya mencetuskan reaksi kurang senang pemimpin UMNO, yang bertindak membidas pemimpin Dap tersebut. – UMNO Online
Dap Gagal Fahami Sensitiviti Politik, Prinsip Kerjasama Kerajaan Perpaduan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kes Najib Razak: Sindiran Rakan Kerajaan Perpaduan Tidak Sepatutnya Berlaku
- Kes Titah Adendum: Dr Asyraf Ingatkan Yeo Bee Yin Jangan Kurang Ajar
- Hormat Undang-undang, Bukan Sorak Keputusan Mahkamah
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Keadilan Adalah Proses Perundangan, Bukan Bahan Pesta Atau Menyindir
You must be logged in to post a comment.