6 perusahaan berdepan penalti, tipu bida sebut harga, tender
6 perusahaan berdepan penalti, tipu bida sebut harga, tender

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) mengeluarkan Keputusan Cadangan terhadap enam perusahaan atas pembabitan dalam kartel tipuan bida membabitkan 16 sebut harga dan satu satu tender yang dikeluarkan oleh Jabatan Penjara Kluang.
Pengerusi MyCC, Tan Sri Idrus Harun, berkata perusahaan berkenaan didapati secara berperingkat melanggar Seksyen 4(2)(d) Akta Persaingan 2010 [Akta 712].
Katanya, sebut harga dan tender yang terjejas membabitkan nilai perolehan antara RM30,000 sehingga RM3 juta dengan nilai keseluruhan berjumlah RM7.3 juta.
“Melalui penyiasatan MyCC didapati perusahaan itu terbabit dalam kartel tipuan bida melalui pertukaran maklumat dan penyelarasan penyerahan tender dan bidaan oleh pihak yang sama
“MyCC mendapati bahawa perjanjian sedemikian mempunyai objektif untuk menghalang, menyekat atau mengekang persaingan secara ketara berhubung dengan perolehan awam di Jabatan Penjara Kluang,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kes Najib Razak: Sindiran Rakan Kerajaan Perpaduan Tidak Sepatutnya Berlaku
- Kes Titah Adendum: Dr Asyraf Ingatkan Yeo Bee Yin Jangan Kurang Ajar
- Hormat Undang-undang, Bukan Sorak Keputusan Mahkamah
Keadilan Adalah Proses Perundangan, Bukan Bahan Pesta Atau Menyindir
Bagaimanapun beliau berkata, penting untuk ditekankan bahawa pada peringkat ini, Keputusan Cadangan itu adalah dapatan awal dan ia tidak boleh dianggap bahawa perusahaan berkenaan melanggar Akta 712 secara konklusif.
Namun katanya, setakat ini semua perusahaan berkenaan telah dimaklumkan mengenai penalti kewangan yang dicadangkan.
“Mereka diberi peluang untuk mengemukakan representasi bertulis dalam tempoh 30 hari selepas menerima Keputusan Cadangan serta membentangkan representasi lisan di hadapan suruhanjaya pada tarikh yang akan ditentukan kemudian.
“MyCC hanya akan mengeluarkan keputusan akhir selepas mempertimbangkan representasi yang dibuat oleh perusahaan ini bersama-sama dengan bukti yang diperoleh ketika penyiasatan,” katanya.
6 perusahaan berdepan penalti, tipu bida sebut harga, tender
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Politik Biadap, Miskin Empati… Cauvinis Terserlah – TPr Abdul Razak
- Kes Najib: “Perlu Ditegaskan Bahawa Ini Bukan Soal Individu Semata-mata”
- Dap Gagal Fahami Sensitiviti Politik, Prinsip Kerjasama Kerajaan Perpaduan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Provokasi Politik Dap Untuk Tutup Kelemahan, Kegagalan Parti Sendiri
You must be logged in to post a comment.