58 pasukan bakat muda pamer kehebatan di Piala Fiezta KLFA 2025
58 pasukan bakat muda pamer kehebatan di Piala Fiezta KLFA 2025

Kuala Lumpur: Kejayaan penganjuran Piala Fiezta KLFA 2025, hujung minggu lalu membuka laluan kepada penganjuran skala lebih besar apabila Piala Fiezta Antarabangsa KLFA 2026 disasarkan sebagai langkah seterusnya.
Pemilik Fiezta Arena, Mohd Hafiezy Abd Haleem, mengakui berpuas hati dengan sambutan dan kelancaran penganjuran edisi sulung itu, sekali gus menyatakan kesediaan pihaknya untuk menjemput akademi bola sepak luar negara pada tahun depan.
“Alhamdulillah, penganjuran Piala Fiezta KLFA 2025 berjalan lancar dengan penyertaan amat memberangsangkan.
“Ini memberi keyakinan kepada kami untuk menganjurkan kejohanan bertaraf antarabangsa pada 2026 dengan penglibatan akademi dari luar negara,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kes Najib Razak: Sindiran Rakan Kerajaan Perpaduan Tidak Sepatutnya Berlaku
- Kes Titah Adendum: Dr Asyraf Ingatkan Yeo Bee Yin Jangan Kurang Ajar
- Hormat Undang-undang, Bukan Sorak Keputusan Mahkamah
Keadilan Adalah Proses Perundangan, Bukan Bahan Pesta Atau Menyindir

Menurut Hafiezy, Fiezta Arena berada pada tahap persediaan terbaik dari segi kemudahan dan fasiliti, termasuk padang berkualiti tinggi, bilik persalinan moden, kemudahan perubatan, kawasan rehat pasukan serta ruang penonton yang selesa bagi menyambut kehadiran pasukan dari dalam dan luar negara.
“Dari segi fasiliti, kami yakin Fiezta Arena mampu memenuhi keperluan kejohanan bertaraf lebih tinggi.
“Fokus kami bukan sekadar pertandingan, tetapi pengalaman keseluruhan buat pemain, jurulatih dan penyokong,” katanya.
Hafiezy turut merakamkan penghargaan kepada semua pasukan yang mengambil bahagian pada Piala Fiezta KLFA 2025 dan pihak terlibat dalam menjayakan kejohanan berkenaan.
Akademi DRA Sports FC muncul juara bagi kategori bawah 12 tahun (B-12), manakala Prince Ville FC menjuarai kategori B-10 serta akademi The Warriors memenangi kategori B-8 tahun.
Bagi saingan plate pula, pasukan Future Star Glory FC mendominasi kategori B-12 dan B-8, sementara akademi KLFA A menjuarai B-10.
Pengarah Teknikal KLFA, Sulaiman Hussin menzahirkan ucapan terima kasih kepada Fiezta Arena yang sudi bekerjasama menjayakan pertandingan itu.
“Kejayaan penganjuran Piala Fiezta KLFA 2025 dilihat sebagai platform penting dalam pembangunan bakat muda bola sepak, selain memperkukuh peranan akademi tempatan ke arah pendedahan peringkat lebih tinggi pada masa depan,” kata Sulaiman.
Saingan julung kali itu menghimpunkan 58 pasukan keseluruhan membabitkan tiga kategori iaitu B-8 dengan 10 pasukan, B-10 dengan 24 pasukan dan B-12 dengan 24 pasukan.
58 pasukan bakat muda pamer kehebatan di Piala Fiezta KLFA 2025
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Politik Biadap, Miskin Empati… Cauvinis Terserlah – TPr Abdul Razak
- Kes Najib: “Perlu Ditegaskan Bahawa Ini Bukan Soal Individu Semata-mata”
- Dap Gagal Fahami Sensitiviti Politik, Prinsip Kerjasama Kerajaan Perpaduan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Provokasi Politik Dap Untuk Tutup Kelemahan, Kegagalan Parti Sendiri
You must be logged in to post a comment.