Op Demeter: JKDM gagalkan cubaan seludup e-waste lebih RM3 juta

Op Demeter: JKDM gagalkan cubaan seludup e-waste lebih RM3 juta

Op Demeter: JKDM gagalkan cubaan seludup e-waste lebih RM3 juta

SHAH ALAM: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Selangor menggagalkan cubaan menyeludup sisa elektronik (e-waste) bernilai lebih RM3.06 juta menerusi Operasi Demeter di Pelabuhan Utara, Pelabuhan klang dekat sini pada 8 Oktober lalu.

Pengarah Kastam Selangor, Mohamad Azhar Ahmad Paharazi, berkata operasi yang membabitkan pemeriksaan ke atas 25 kontena itu berjaya menemukan 556,800 kilogram (kg) komoditi e-waste dipercayai diimport tanpa permit.

“Nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM2,784,000 manakala duti/cukai yang terlibat adalah sebanyak RM278,400.

“Modus operandi yang dikesan adalah sindiket telah membuat pengikraran tidak benar di dalam manifes dengan mengikrarkan dagangan sebagai “Abs Plastic” bagi mengelak dikesan JKDM,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohamad Azhar berkata kontena terbabit pernah diperiksa bahagian Penguatkuasaan JKDM Johor bersama Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor pada awal Jun tahun ini, dan JAS Johor telah mengarahkan dagangan untuk dihantar semula ke negara asal.

Bagaimanapun, beliau berkata kontena terbabit telah ditransit ke sebuah negara jiran dan dihantar semula ke Pelabuhan Klang pada 25 Ogos lepas oleh pihak ejen perkapalan.

“Pengimportan e-waste adalah tertakluk kepada surat kelulusan dikeluarkan Ketua Pengarah Alam Sekitar (JAS) sebagaimana yang telah digariskan di bawah Butiran 54, Bahagian I, Jadual Ketiga, Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2023.

“E-waste dikategorikan sebagai bahan buangan yang memerlukan pertimbangan khusus di bawah ‘Basel Convention on the Control of Transboundary Movement of Hazardous Wastes and Their Disposals’ , iaitupihak pengimport perlu mendapatkan kelulusan bertulis daripada JAS untuk mengimport buangan terjadual kod SW110,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Desa Kirana Pacu Pelancongan Desa Menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026


Mohamad Azhar berkata kes disiasat di bawah Seksyen 135 (1)(a) Akta Kastam 1967 dan Seksyen 133 (1)(a) Akta Kastam 1967, dan pada masa sama menggesa kerjasama orang ramai untuk menyalurkan maklumat berkaitan sebarang aktiviti penyeludupan. – BERNAMA

Op Demeter: JKDM gagalkan cubaan seludup e-waste lebih RM3 juta

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Keadilan Adalah Proses Perundangan, Bukan Bahan Pesta Atau Menyindir

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker