Kes Titah Adendum: Dr Asyraf Ingatkan Yeo Bee Yin Jangan Kurang Ajar
Kes Titah Adendum: Dr Asyraf Ingatkan Yeo Bee Yin Jangan Kurang Ajar

KUALA LUMPUR, 22 Dis – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mengingatkan Setiausaha Publisiti Kebangsaan Dap, Yeo Bee Yin untuk tidak mengeluarkan kenyataan kurang ajar berhubung kes mahkamah isu Titah Adendum bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Menerusi hantaran di laman Facebooknya Dr Asyraf berkata, kenyataan yang dikeluarkan oleh Ahli Parlimen Puchong itu berhubung isu tersebut adalah melampau dan langsung tidak berperikemanusiaan.
“Kenyataan Yeo Bee Yin yang juga merupakan Setiausaha Publisiti Kebangsaan Dap ini, adalah amat kurang ajar, melampau dan langsung tidak berperikemanusian.
“Jika tidak mampu untuk menzahirkan sekelumit perasaan simpati sekalipun, janganlah mengeluarkan kenyataan kurang ajar dan menyakitkan hati.
“Apatah lagi yang dihina merupakan bekas pemimpin tertinggi yang amat disayangi oleh seluruh keluarga besar UMNO yang hari ini membantu membentuk Kerajaan Perpaduan,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rombakan Kabinet… Veteran UMNO Tegaskan Keutamaan Jaga Rakyat
- Mohd Naim Dipilih Wakili BN PRK Parlimen Kinabatangan
- ‘Tiada Toleransi Terhadap Penderaan Pelajar, Cegah Sebelum Berulang’ – Ahmad Zahid
Jeffery Nor Mohamed Teruskan Ziarah Prihatin, Santuni Ahli Uzur
Mengulas lanjut, beliau turut berpandangan bahawa sudah tiba masanya untuk UMNO memperhalusi semula kerjasama yang dibina bersama Pakatan Harapan (PH) dalam Kerajaan Perpaduan.
“Mungkin sudah tiba masanya untuk UMNO memperhalusi kembali kerjasama yang terjalin jika masih ada pihak yang tidak mahu menghargai sumbangan dan perjuangan UMNO selama ini,” katanya.
Terdahulu, Yeo Bee Yin menerusi satu hantaran di laman Facebooknya dilihat seolah-olah meraikan keputusan mahkamah yang menolak permohonan Najib untuk menjalani baki hukuman penjara di rumah.
Pada Isnin media melaporkan Najib kekal menjalani baki hukuman penjaranya di Penjara Kajang bersabit kesalahan penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.
Hakim Mahkamah Tinggi, Alice Loke Yee Ching, menolak permohonan semakan kehakiman Najib yang juga bekas Presiden UMNO, bagi memaksa kerajaan dan enam yang lain untuk melaksanakan Titah Adendum supaya beliau menjalani baki hukuman penjara melalui tahanan rumah.
Yee Ching memutuskan demikian selepas berpuas hati isu berkaitan tahanan rumah tidak pernah disebut dan dibincangkan serta diputuskan dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan yang bersidang pada 29 Januari tahun lalu.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ab Rauf Santuni Peniaga, Laksana Ziarah Kasih Perkukuh Hubungan Pemimpin Dan Rakyat
- Mohd Isam Sempurnakan Penyerahan Rumah PPRS Dan Sumbangan Hari Natal
- UPTM Bukti Kejayaan Transformasi Pendidikan MARA – Ahmad Zahid
Kestabilan Politik Asas Pembangunan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah – Jafry
Pada 6 Januari lalu, Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan Najib untuk memulakan prosiding semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi bagi suatu perintah memaksa kerajaan atau enam pihak lain menjawab serta mengesahkan kewujudan Titah Adendum bertarikh Januari tahun lalu.
Dalam semakan kehakiman itu, Najib menamakan Menteri Dalam Negeri, Komisioner Jeneral Penjara, Peguam Negara, Lembaga Pengampunan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-undang di JPM serta Kerajaan Malaysia sebagai responden.
Antara relif yang dipohon dalam semakan kehakiman itu ialah supaya semua atau seorang daripada responden memberikan salinan titah utama oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16 berhubung pengurangan hukuman penjara dan denda terhadapnya.
Najib yang sedang menjalani hukuman di Penjara Kajang sejak 23 Ogos 2022 selepas disabitkan kesalahan menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd, memfailkan petisyen untuk mendapatkan pengampunan diraja pada 2 September 2022.
Lembaga Pengampunan kemudiannya mengurangkan hukuman penjaranya daripada 12 tahun kepada enam tahun, manakala denda dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta.
Pada 3 Julai tahun lalu, Mahkamah Tinggi menolak permohonan Najib untuk memulakan prosiding semakan kehakiman, sebelum beliau merayu keputusan berkenaan di Mahkamah Rayuan.
Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa empat afidavit yang menyokong dakwaan Najib, termasuk kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Naib Presiden, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, adalah khabar angin serta tidak boleh diterima sebagai bukti. – UMNO Online
Kes Titah Adendum: Dr Asyraf Ingatkan Yeo Bee Yin Jangan Kurang Ajar
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- BN Terus Melangkah Dengan Prinsip, Kesatuan Diperkukuh – Ahmad Zahid
- Pendidikan Asas Penting Bentuk Masa Depan Masyarakat – Suhaimi Nasir
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Desa Kirana Pacu Pelancongan Desa Menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026
You must be logged in to post a comment.