Keadilan Adalah Proses Perundangan, Bukan Bahan Pesta Atau Menyindir
Keadilan Adalah Proses Perundangan, Bukan Bahan Pesta Atau Menyindir

KUALA LUMPUR, 22 Dis – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias membidas tindakan Ahli Parlimen Puchong, Yeo Bee Yin yang disifatkan sebagai tidak sensitif dan mencerminkan sikap tidak matang dalam berpolitik.
Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Jelebu berkata kenyataan Bee Yin berhubung keputusan mahkamah melibatkan Datuk Seri Najib Razak amat dikesali, lebih-lebih lagi ketika semua pihak dalam Kerajaan Perpaduan seharusnya memupuk semangat saling menghormati.
“Kenyataan Yeo Bee Yin ini sangat tidak wajar dan terserlah kebiadapan! Dia sepatutnya menunjukkan kematangan, bukannya sifat dendam, apatah lagi atas semangat aspirasi permuafakatan Kerajaan Perpaduan. Cerminan ‘Perpaduan’ kah jika begini?
“Keadilan adalah proses perundangan yang serius, bukan bahan untuk berpesta atau menyindir penerima hukuman atau penyokongnya,” katanya menerusi satu kenyataan.
Katanya reaksi tersebut mencerminkan sikap kurang empati secara terbuka yang turut sama akan memberi kesan kepada nilai perpaduan yang dibawa selama ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rombakan Kabinet… Veteran UMNO Tegaskan Keutamaan Jaga Rakyat
- Mohd Naim Dipilih Wakili BN PRK Parlimen Kinabatangan
- ‘Tiada Toleransi Terhadap Penderaan Pelajar, Cegah Sebelum Berulang’ – Ahmad Zahid
Jeffery Nor Mohamed Teruskan Ziarah Prihatin, Santuni Ahli Uzur
Menurut beliau lagi, sikap itu sekaligus bertentangan dengan prinsip-prinsip yang digagaskan di bawah kerangka MADANI.
“Dua perkara, pertama kurang empati. Menghina atau bersorak atas nasib malang seseorang tidak selari dengan aspirasi MADANI yang parti Yeo Bee Yin sendiri berpegang.
“Kedua, polarisasi… kenyataan sinis sebegini hanya memecah-belahkan rakyat dan menggugat usaha perpaduan nasional, sedangkan sebagai ahli Dewan Rakyat, dia sendiri seru rakyat supaya jangan pecah belah, tetapi dia?
“Hentikan politik kebencian. Fokuslah kepada khidmat rakyat, bukannya meraikan kejatuhan manusia lain. Shut up!” tegas beliau.
Terdahulu, Bee Yin menulis “another reason to celebrate this year end” (satu lagi sebab untuk meraikan hujung tahun ini”) sambil melampirkan pautan berita dari sebuah portal yang bertajuk ‘No house arrest for Najib’.
Hantaran itu dimuat naik selepas Hakim Mahkamah Tinggi, Alice Loke Yee Ching pagi tadi memutuskan Titah Adendum tidak pernah dibincangkan atau diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan ke-61 yang bersidang pada 29 Januari tahun lalu. – UMNO Online
Keadilan Adalah Proses Perundangan, Bukan Bahan Pesta Atau Menyindir
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- BN Terus Melangkah Dengan Prinsip, Kesatuan Diperkukuh – Ahmad Zahid
- Pendidikan Asas Penting Bentuk Masa Depan Masyarakat – Suhaimi Nasir
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Desa Kirana Pacu Pelancongan Desa Menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026
You must be logged in to post a comment.