JKDM gagal cubaan seludup sisa elektronik bernilai lebih RM3.06 juta

JKDM gagal cubaan seludup sisa elektronik bernilai lebih RM3.06 juta

JKDM gagal cubaan seludup sisa elektronik bernilai lebih RM3.06 juta
Antara sisa elektronik yang dirampas JKDM Selangor dalam pemeriksaan terhadap 25 kontena di Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang, 8 Oktober lalu. – Foto ihsan JKDM Selangor.

SHAH ALAM: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Selangor menggagalkan cubaan menyeludup sisa elektronik (e-waste) bernilai lebih RM3.06 juta menerusi Operasi Demeter di Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang dekat sini pada 8 Oktober lalu.

Pengarah Kastam Selangor, Mohamad Azhar Ahmad Paharazi, berkata menerusi pemeriksaan terhadap 25 buah kontena, pihaknya menemukan 556,800 kilogram (kg) komoditi e-waste dipercayai diimport tanpa permit.

“Rampasan sisa elektronik berkenaan dianggarkan bernilai RM2.78 juta, manakala duti dan cukai yang terbabit adalah sebanyak RM278,400.

“Modus operandi yang dikesan adalah sindiket membuat pengikraran tidak benar di dalam manifes dengan mengikrarkan dagangan sebagai ‘Abs Plastic’ bagi mengelak dikesan JKDM,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kontena berkenaan pernah diperiksa bahagian Penguatkuasaan JKDM Johor bersama Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor pada awal Jun tahun ini, dan sudah diarahkan untuk dihantar semula ke negara asal.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Desa Kirana Pacu Pelancongan Desa Menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026


Bagaimanapun katanya, kontena terbabit dipercayai ditransit ke sebuah negara jiran sebelum dihantar semula ke Pelabuhan Klang pada 25 Ogos lalu oleh pihak ejen perkapalan.

“Pengimportan e-waste adalah tertakluk kepada surat kelulusan dikeluarkan Ketua Pengarah Alam Sekitar (JAS) sebagaimana yang telah digariskan dalam Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2023.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1)(a) Akta Kastam 1967 dan Seksyen 133 (1)(a) Akta Kastam 1967,” katanya.

JKDM gagal cubaan seludup sisa elektronik bernilai lebih RM3.06 juta

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Keadilan Adalah Proses Perundangan, Bukan Bahan Pesta Atau Menyindir

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker