Hormat Undang-undang, Bukan Sorak Keputusan Mahkamah

Hormat Undang-undang, Bukan Sorak Keputusan Mahkamah

Hormat Undang-undang, Bukan Sorak Keputusan Mahkamah

JOHOR BAHRU, 22 Dis – Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Mohd Hairi Mad Shah membidas tindakan segelintir pemimpin Dap yang secara terbuka bersorak, bergembira dan meraikan keputusan Mahkamah melibatkan Datuk Seri Najib Razak hari ini.

Beliau berkata perbuatan tersebut bukan sahaja biadap, tidak berperikemanusiaan malah memperlihatkan politik dendam murahan yang tidak mencerminkan kematangan, empati dan adab seorang pemimpin dalam negara berbilang kaum.

“UMNO menegaskan pendirian yang jelas dan konsisten kami menghormati sepenuhnya keputusan mahkamah serta kedaulatan undang-undang negara.

“Namun, menghormati sistem kehakiman tidak bermaksud UMNO wajib berdiam diri apabila ada pihak yang menjadikan keputusan mahkamah sebagai pentas sorakan politik, ejekan terbuka dan penghinaan ke atas maruah seorang tokoh negara yang pernah memimpin Malaysia sebagai Perdana Menteri.

“Perbezaan ideologi politik tidak pernah dan tidak akan menghalalkan sikap angkuh, mengejek serta menari di atas penderitaan orang lain,” katanya menerusi satu kenyataan di sini, hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Jeffery Nor Mohamed Teruskan Ziarah Prihatin, Santuni Ahli Uzur


Katanya tingkah laku tidak bermoral ini hanya mendedahkan wajah sebenar pihak yang kononnya melaungkan reformasi tetapi gagal memahami nilai paling asas dalam kehidupan bernegara iaitu kemanusiaan dan adab.

Mengulas lanjut kata beliau dalam kerangka Kerajaan MADANI, UMNO kekal komited untuk menjaga kestabilan negara, keharmonian masyarakat dan kebajikan rakyat.

Namun katanya UMNO juga ingin menegaskan secara tegas dan tanpa berselindung bahawa kerjasama politik tidak boleh dibina atas penghinaan, keangkuhan dan usaha menghapuskan maruah rakan gabungan.

“UMNO tidak pernah meminta campur tangan dalam urusan kehakiman. Tetapi UMNO tidak akan sesekali bersekongkol dengan budaya politik kebencian, apatah lagi cubaan menormalisasikan penghinaan terhadap institusi dan tokoh negara demi keuntungan politik sempit.

“Sehubungan itu, UMNO dan kepimpinan parti menyeru semua rakan dalam Kerajaan MADANI untuk menghormati adab dan akhlak dalam berpolitik, menghentikan eksploitasi keputusan mahkamah untuk propaganda politik murahan, menyedari bahawa kesabaran UMNO bukan tanda kelemahan, tetapi lambang kematangan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kestabilan Politik Asas Pembangunan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah – Jafry


“Jika garis adab, prinsip dan maruah ini terus dilanggar, UMNO tidak akan teragak-agak untuk menilai semula pendirian serta pendekatan politiknya, demi menjaga prinsip parti, maruah perjuangan dan keyakinan rakyat,” ujar beliau. – UMNO Online

Hormat Undang-undang, Bukan Sorak Keputusan Mahkamah

Hormat Undang-undang, Bukan Sorak Keputusan Mahkamah

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Desa Kirana Pacu Pelancongan Desa Menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker