Pendidikan Asas Penting Bentuk Masa Depan Masyarakat – Suhaimi Nasir
Pendidikan Asas Penting Bentuk Masa Depan Masyarakat – Suhaimi Nasir

KUALA LUMPUR, 20 Dis – Ahli Parlimen Libaran, Datuk Suhaimi Nasir terus melaksanakan tanggungjawabnya kepada masyarakat setempat dengan meneliti aspek-aspek pembangunan yang perlu diberikan perhatian bagi memastikan setiap perancangan dapat dilaksanakan dengan berkesan.
Beliau berkata, usaha tersebut penting bagi memastikan segala perancangan dan inisiatif yang dirangka selama ini benar-benar memberi manfaat kepada masyarakat yang memerlukan, khususnya dalam bidang pendidikan.
“Apabila pendidikan diberi keutamaan, masa depan keluarga akan berubah ke arah yang lebih baik. Pendidikan bukan sahaja membekalkan ilmu, malah membentuk pemikiran, sahsiah dan keyakinan diri anak-anak,” katanya menerusi perkongsian di Facebook.
Tambah beliau, kemajuan pendidikan perlu disokong dengan pembangunan sekolah yang berkualiti termasuk kemudahan yang selamat dan persekitaran pembelajaran kondusif bagi melahirkan generasi berilmu dan berdaya saing.
Menurutnya lagi, kemudahan sekolah yang baik mampu melahirkan anak-anak yang membawa harapan baharu, sekali gus meningkatkan taraf hidup keluarga serta membuka lebih banyak peluang pada masa hadapan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ab Rauf Santuni Peniaga, Laksana Ziarah Kasih Perkukuh Hubungan Pemimpin Dan Rakyat
- Mohd Isam Sempurnakan Penyerahan Rumah PPRS Dan Sumbangan Hari Natal
- UPTM Bukti Kejayaan Transformasi Pendidikan MARA – Ahmad Zahid
Kestabilan Politik Asas Pembangunan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah – Jafry
“Ilmu dan kemahiran yang diperoleh dapat memutuskan kitaran kemiskinan serta membina kehidupan yang lebih stabil dan bermaruah untuk generasi akan datang,” ujarnya.- UMNO Online
Pendidikan Asas Penting Bentuk Masa Depan Masyarakat – Suhaimi Nasir
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rombakan Kabinet… Veteran UMNO Tegaskan Keutamaan Jaga Rakyat
- Mohd Naim Dipilih Wakili BN PRK Parlimen Kinabatangan
- ‘Tiada Toleransi Terhadap Penderaan Pelajar, Cegah Sebelum Berulang’ – Ahmad Zahid
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Jeffery Nor Mohamed Teruskan Ziarah Prihatin, Santuni Ahli Uzur
You must be logged in to post a comment.