Negeri Sembilan ikat KL City di Paroi
Negeri Sembilan ikat KL City di Paroi

Seremban: Negeri Sembilan FC (NSFC) bangkit pada penghujung saingan untuk mengikat Kuala Lumpur (KL) City FC 1-1 dalam aksi Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, sebentar tadi.
Selepas tewas mengejut kepada Melaka FC pada 6 Disember lalu, skuad Hobin Jang Hobin mempamerkan persembahan lebih baik dengan beberapa percubaan ke arah gol lawan.
KL City terlebih dahulu menjaringkan gol pada minit ke-6 melalui Kpah Sherman, hasil serangan pantas bersama Safawi Rashid dan kesilapan pertahanan Negeri Sembilan.
Skuad kendalian Nidzam Jamil cuba meningkatkan intensiti permainan, dan beberapa kali berjaya membawa bola ke kawasan gol lawan, namun pertahanan KL City kekal kukuh. Peluang terbaik NSFC pada minit ke-16 melalui sepakan bola mati Motika sedikit tersasar.
Babak kedua menyaksikan Negeri Sembilan memperkemas jentera serangan dengan beberapa serangan bertali arus ke kubu KL City. Hantaran lintang Motika pada minit ke-54 gagal dimanfaatkan Joseph Esso, manakala percubaan Motika pada minit ke-60 ditepis penjaga gol Quincy Julian Kammeraad.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rombakan Kabinet… Veteran UMNO Tegaskan Keutamaan Jaga Rakyat
- Mohd Naim Dipilih Wakili BN PRK Parlimen Kinabatangan
- ‘Tiada Toleransi Terhadap Penderaan Pelajar, Cegah Sebelum Berulang’ – Ahmad Zahid
Jeffery Nor Mohamed Teruskan Ziarah Prihatin, Santuni Ahli Uzur
Usaha pasukan tuan rumah akhirnya membuahkan hasil apabila Joseph Esso menanduk masuk gol penyamaan pada minit ke-89, meredakan tekanan 2,984 penyokong yang hadir.
Kedudukan 1-1 itu menamatkan perlawanan dengan satu mata untuk kedua-dua pasukan, sekaligus memberi semangat baharu buat Negeri Sembilan selepas kekalahan sebelumnya.
Negeri Sembilan ikat KL City di Paroi
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- BN Terus Melangkah Dengan Prinsip, Kesatuan Diperkukuh – Ahmad Zahid
- Pendidikan Asas Penting Bentuk Masa Depan Masyarakat – Suhaimi Nasir
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Desa Kirana Pacu Pelancongan Desa Menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026
You must be logged in to post a comment.