Hukuman 24 sebatan terhadap ‘scammer’ mulai 30 Disember ini

Hukuman 24 sebatan terhadap ‘scammer’ mulai 30 Disember ini

Hukuman 24 sebatan terhadap ‘scammer’ mulai 30 Disember ini
GAMBAR fail sebuah mahkamah di Singapura. – Foto AFP

SINGAPURA – Kerajaan Singapura semalam berkata bahawa penipu (scammer) akan berdepan hukuman sebatan mandatori sehingga 24 kali bermula 30 Disember ini, lapor portal berita VnExpress.

Ia dibuat susulan pindaan kepada undang-undang jenayah bagi membendung peningkatan mendadak kes penipuan.

Pindaan tersebut yang diluluskan Parlimen bulan lalu, memperketatkan hukuman sedia ada yang merangkumi pemenjaraan dan denda.

Kementerian Ehwal Dalam Negeri berkata, hukuman yang dipertingkatkan itu bertujuan untuk memastikan undang-undang jenayah di Singapura kekal berkesan, adil dan responsif terhadap cabaran yang semakin muncul.

Berdasarkan pindaan itu, penipu termasuk perekrut dan ahli sindiket penipuan boleh dikenakan enam hingga 24 sebatan.

Pihak berkuasa berkata, pesalah menyediakan akaun bank atau maklumat peribadi lain untuk digunakan bagi melakukan atau memudahkan pengubahan wang hasil penipuan juga boleh dikenakan sehingga 12 sebatan.

Undang-undang baharu itu bagaimanapun turut membenarkan sebatan bagi sebarang bentuk penipuan lain.

“Memerangi penipuan adalah keutamaan nasional. Jumlah kes penipuan dan kerugian akibat penipuan masih berada pada tahap yang membimbangkan,” demikian menurut kenyataan itu. – AGENSI

Hukuman 24 sebatan terhadap ‘scammer’ mulai 30 Disember ini

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Desa Kirana Pacu Pelancongan Desa Menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker