DPMM kecewakan Sabah di Likas

DPMM kecewakan Sabah di Likas

DPMM kecewakan Sabah di Likas
PENJAGA gol DPMM FC, Muhammad Haimie Abdullah Nyaring (kanan) berjaya menangkap kemas bola tandukan pemain Sabah FC, Darren Lok dalam aksi Liga Super di Stadium Likas. -FOTO Mohd Adam Arinin

Kota Kinabalu: Sabah FC sekali lagi dikecewakan pasukan pelawat apabila ditewaskan DPMM FC dari Brunei dengan jaringan 3-1 dalam aksi Liga Super di Stadium Likas, malam ini.

DPMM FC terlebih dahulu mengejutkan tuan rumah apabila berjaya membuka jaringan pada minit ke-19 untuk membuka akaun perlawanan dengan 1-0.

Jaringan Muhammad Ramadhan Sananta itu berlaku ketika barisan pertahanan Sabah berada di luar kawasan, memudahkan penyerang DPMM FC itu menewaskan Damien Lim yang mengawal gawang.

Asakan demi asakan dilakukan DPMM FC akhirnya membawa mereka ke jaringan kedua menerusi Tommy Mawat Bada pada minit ke-74 sekali gus melebarkan kedudukan dengan 2-0.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Jeffery Nor Mohamed Teruskan Ziarah Prihatin, Santuni Ahli Uzur


Bagaimanapun, seminit selepas itu, penyerang Sang Badak, Ajdin Mujagic berjaya menjaringkan gol pertama untuk Sabah bagi mengubah sedikit kedudukan kepada 2-1.

Dengan kedudukan 3-1 ketika masa sudah di penghujung, sukar bagi pemain Sabah untuk mencari dua lagi gol bagi menyamakan kedudukan bagi sekurang-kurangnya mendapat satu mata dalam perlawanan malam ini.

Meskipun diberi masa kecederaan lapan minit oleh pengadil, Sabah tetap gagal mencipta jaringan, malah terus diasak pasukan dari negara jiran itu yang sudah selesa dengan tiga jaringan dicipta mereka sepanjang 90 minit perlawanan.

DPMM kecewakan Sabah di Likas

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Desa Kirana Pacu Pelancongan Desa Menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker