Desa Kirana Pacu Pelancongan Desa Menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026

Desa Kirana Pacu Pelancongan Desa Menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026

Desa Kirana Pacu Pelancongan Desa Menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026

KUALA LUMPUR, 21 Dis – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berharap inisiatif Desa Kirana tidak terhenti setakat penganjuran Tahun Melawat Malaysia 2026, sebaliknya terus diperkukuh dan ditambah baik sebagai agenda jangka panjang pembangunan pelancongan negara.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), berkata, inisiatif berkenaan diyakini mampu menjadi pemangkin kepada pembangunan pelancongan yang lebih inklusif, di samping meningkatkan kualiti hidup serta daya saing kawasan perdesaan.

Menurutnya, sebagai persediaan menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026, KKDW kekal komited memperkasa desa sebagai destinasi pelancongan bernilai tinggi yang berteraskan komuniti, warisan serta keindahan alam semula jadi, selain menjana peluang ekonomi setempat secara mampan.

“Saya telah menyempurnakan Majlis Pengumuman Pakej Lengkap Desa Kirana di Dataran Kampung Batu 23, Sungai Nibong, Sekinchan pada Sabtu. Inisiatif ini meletakkan komuniti desa sebagai pemain utama dalam rantaian pelancongan, sekali gus membuka ruang kepada peningkatan pendapatan dan kesejahteraan penduduk setempat,” katanya menerusi perkongsian di Facebook.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kestabilan Politik Asas Pembangunan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah – Jafry


Tambah beliau, sebanyak 25 Pakej Lengkap Desa Kirana telah diumumkan di seluruh negara sebagai destinasi pelancongan desa bernilai tinggi untuk pasaran domestik dan antarabangsa, dengan Kampung Batu 23 dipilih sebagai salah satu lokasi terlibat.

Ahmad Zahid menegaskan, usaha berterusan menerusi Desa Kirana selaras dengan aspirasi kerajaan untuk membangunkan kawasan desa secara holistik, mampan dan berdaya saing, seiring agenda pembangunan negara.- UMNO Online

Desa Kirana Pacu Pelancongan Desa Menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jeffery Nor Mohamed Teruskan Ziarah Prihatin, Santuni Ahli Uzur

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker